Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah mengeluarkan kenyataan, bahawa mana-mana individu yang menerima suntikan vaksin Covid-19 akan menerima pasport vaksin sebagai identiti.
Dipetik dari Utusan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara ini sedang diperhalusi kerajaan di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAC).
Malaysia Cadang Guna Pakai Dua Kaedah Dokumentasi
- Foto – Industry Week/Free Malaysia Today
Dipetik dari Berita Harian, kini di Malaysia mencadangkan untuk gunakan pakai dua kaedah dokumentasi bagi mengenal pasti identiti penerima vaksin.
Kaedah pertama adalah dokumentasi secara digital, dengan menerusi paparan terima suntikan pada aplikasi MySejahtera.
Dan kaedah kedua adalah, menerusi dokumentasi fizikal dengan menggunakan pasport vaksin Covid-19 sebagai identiti penerima suntikan vaksin Covid-19.
Mahu Pasport Vaksin Covid-19 Diguna Pakai Di Peringkat Antarabangsa
- Foto – i-Property
Bukan itu saja, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKVAC) juga akan menilai kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama negara luar bagi membangunkan pasport vaksin Covid-19 ini.
Jika Malaysia dan negara-negara lain dapat selaraskan penggunaan pasport ini ke peringkat antarabangsa, ia sedikit sebanyak dapat menghidupkan sektor penerbangan dan pelancongan di Malaysia dan negara luar.
Cuba Dapatkan Sijil Universal
- Foto – Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Dipetik dari Utusan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat di Singapura.
Perbincangan diadakan bagi membuat perakuan bersama atau peringkat serantau agar satu sijil vaksinasi universal dapat dilaksanakan.
Banyak manfaat jika pelaksanaan pasport ini dapat digunapakai di peringkat antarabangsa, bukan saja sektor penerbangan dapat hidup malah sektor pelancongan serta perhotelan mampu bernafas kembali.