Chaelin Lee atau lebih dikenali sebagai CL merupakan seorang ketua bagi sebuah kumpulan K-pop yang cukup popular iaitu 2NE1. Mempunyai bakat yang luar biasa, CL juga digelar sebagai ikon fesyen.
Wajahnya yang sering berada di majalah mahupun billboard menjadikan dirinya sentiasa diburu oleh beberapa jenama terkemuka. Bukan apa, gaya fesyennya yang unik itu membuatkan dirinya lebih menyerlah berbanding yang lain.
Jika kamu perasan, CL yang tidak pernah takut untuk bereksperimen dengan fesyennya malah sering tampil dengan gaya berani, warna-warni dan padanan corak luar biasa yang lain daripada orang lain.
Walaupun ada beberapa selebriti wanita K-pop yang lain mempunyai fesyen yang unik, tetapi ini antara sebabnya kenapa CL tidak pernah kalah dengan mereka.
Semua Gayanya Original
Digelar sebagai “The Baddest Female” sama seperti tajuk solonya, CL tidak pernah berasa takut untuk menggayakan jenama-jenama terkenal seperti Adidas, Hérmes, Nike dan beberapa jenama lain.
Tidak kiralah sama ada dalam video musiknya, di acara karpet merah mahupun secara harian, CL berjaya menjadikan beberapa jenama terkenal nampak lain daripada yang lain.
CL yang mempunyai citarasa dan tekniknya tersendiri, kamu boleh melihat bagaimana dia menggayakan barangan jenama terkenal menggunakan gayanya sendiri. Semuanya original dan ini yang membuatkan dirinya sebagai Queen of Fashion.
Tak Takut Untuk Cuba Gaya Tomboi
Kebanyakan gayanya yang garang dan berani tidak mengecualikan CL daripada mencuba beberapa gaya tomboi.
Walaupun kebanyakan video musik menampilkan gaya sebegitu tetapi pada hari biasa CL lebih selesa mengenakan padanan pakaian seperti sweatpants, jaket, pakaian sukan dan sebagainya.
Bagi sesetengah orang, gaya tomboi ini akan memberi tanggapan yang tidak berapa baik terhadap diri kita, tetapi tidak pada CL. Dengan gaya asli dan citarasanya yang mendalam dalam fesyen membuatkan gaya tomboi ini kelihatan luar biasa.
Berani Untuk Cuba Pelbagai Jenis Gaya
Tidak bergantung kepada satu jenis gaya sahaja, CL sering tampil berani dengan pelbagai gaya. Mengikut peredaran masa dan trend, CL kerap kali menjadi selebriti yang mengikuti fesyen terkini.
Tak dinafikan CL mempunyai gaya dan visi yang sangat kuat terhadap fesyen, tetapi dia tidak bergantung kepada satu jenis gaya sahaja.
CL sering berani untuk bereksperimen, tampil berani dengan pelbagai jenis gaya dalam dunia fesyen. Tidak mahu ketinggalan, ikon fesyen ini selalu dilihat mencuba dan padankan beberapa gaya untuk menghasilkan trend yang terbaru bagi memberi inspirasi kepada orang lain.
Tak Hairan Dikritik, Ada Identiti Tersendiri
Ada sesetengah pihak cuba mengkritik citarasanya dalam pemilihan gaya dan fesyen, tetapi CL tidak hairan akan semua itu. Malah dia menjadikannya sebagai satu pembakar semangat.
Tidak langsung tergugat atau berasa down dengan apa yang dikatakan oleh orang lain, CL tahu dia mempunyai identiti tersendiri yang jelas dalam apa yang dilakukan olehnya.
Walaupun dikritik, tetapi kebanyakan gaya dan fesyen CL mendapat pengiktirafan dan menjadi inspirasi serta trend yang wajib diikuti dalam dunia fesyen.
Tahu Sesuaikan Dan Suka Pakai Aksesori Yang Banyak
Bagi sesetengah orang, pemakaian aksesori sangat terhad dan tidak berani untuk mengenakan banyak aksesori di badan. Lain pula dengan CL, lebih banyak aksesori lebih cantik!
Jika kamu perasan, CL sering memilih untuk memakai aksesorti yang terang dan bold untuk highlight sesuatu bahagian badannya. Walaupun dia sering memakai aksesori yang berlebihan tetapi ia tidak pernah overshadow penampilaannya.
Walaupun ada beberapa selebriti yang bergaya seperti BLACKPINK Jennie, APINK Naeun dan sebagainya tetapi fesyen CL sentiasa menjadi tempat pertama dalam dunia fesyen. Bagi kamu, fesyen CL yang mana satu kamu suka?