Comelnya pembungkusan Pizza Hut, kotak berbentuk hati berwarna merah. Romantikkan? Kenapa Pizza Hut membawa pizza berbentuk hati kepada pelanggan?
Bersesuaian dengan pandemik coronavirus yang kehendaki kita menjaga keselamatan dan penjarakan sosial, Pizza Hut mengambil langkah untuk memudahkan ungkapan kasih sayang dengan pelancaran Pizza Heart – di mana anda kini dapat mengirim “sayang” secara realistik yang dapat disentuh, dipeluk dan dinikmati dengan penjarakan selamat.
Pizza Hut Kirim Sayang Secara Selamat
Pizza Hut sentiasa berinspirasi untuk menyatukan rakyat Malaysia melalui pengalaman menikmati piza dalam suasana yang menggembirakan.
- Foto – Pizza Hut
Jadi, pizza kegemaran rakyat Malaysia ini mengembalikan suasana kemesraan yang hilang kerana SOP yang ketat dan penjarakan sosial.
Kini rakyat Malaysia dapat mengirim piza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak berbentuk hati yang boleh dinikmati – cara kreatif untuk mengeratkan hubungan kasih sayang dalam norma baharu ini.
Malaysia – Singapura Sama-Sama Rasa Disayangi
- Foto – Pizza Hut
Untuk menghidupkan pengalaman Pizza Heart sepanjang musim cinta ini, Pizza Hut telah merentas sempadan melalui cawangan-cawangannya di Singapura dalam usaha untuk menggembirakan hati rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura.
Kempen Turning Virtual Into Real Pizza Heart
Menerusi kempen “Turning Virtual into Real Pizza Heart” Pizza Hut telah melancarkan piza berbentuk hati yang dibungkus dalam kotak merah berbentuk hati.
Pizza ini tersedia untuk dipesan dengan mudah melalui laman web www.pizzahut.com.my atau aplikasi Pizza Hut penghantaran dan bawa pulang di seluruh Malaysia sepanjang tempoh kempen ini.
- Foto – Pizza Hut
Sempena pelancaran kempen, penghantaran terhad Pizza Heart ke Singapura dan negeri- negeri yang berlainan di Malaysia juga akan disediakan kepada rakyat Malaysia yang terpilih.
Mereka yang memberi respon kepada posting Pizza Hut di laman Facebook rasmi Pizza Hut Malaysia pada 10 Februari 2021 akan datang.