Belum kahwin lagi dah alami rasa sakit di bahagian payudara, mengapa perkara seperti ini berlaku dan apa yang menyebabkan rasa sakit dan bengkak ini tiba-tiba muncul?
Sebenarnya wanita yang belum berkahwin juga boleh mengalami masalah sebegini, dan ada beberapa faktor yang menyebabkan payudara berdenyut dan bengkak.
Datang Bulan Dan Perubahan Hormon
- Foto – Newsweek
Sebelum datang bulan wanita akan merasai simptom-simptom payudara sakit dan membengkak, dek disebabkan perubahan hormon sama ada sebelum dan semasa kitaran haid berlaku.
Jadi tidak hairanlah mengapa ada sesetengah wanita yang belum berkahwin boleh mengalami masalah payudara bengkak dan sakit berdenyut kerana masalah kitaran haid dan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh.
Bersenam Atau Laku Aktiviti Sukan
- Foto – Pinterest
Masalah ini juga boleh terjadi jika wanita terlalu lasak ketika melakukan aktiviti sukan ataupun bersenam, lalu menyebabkan otot pektoral yang berada tepat di bawah payudara tertekan dan menyebabkan rasa sakit di payudara.
Sensitif Terhadap Kopi
- Foto – Buzz Caribbean
Jangan berasa pelik pula, kerana air kopi memang boleh membuatkan payudara wanita berasa sakit berdenyut dan membengkak.
Hal ini berlaku disebabkan jaringan fibrokistik yang ada pada payudara wanita, jadi sensitif selepas minum air kopi.
Untuk makluman semua, kopi dapat merangsang pembuluh jaringan payudara lalu berlakunya rasa sakit dan bengkak pada payudara.
Payudara Cedera
- Foto – Family Education
Meski belum berkahwin wanita juga boleh mengalami masalah seperti ini, jika kamu tidak menyedari bahawa payudara kamu sebenarnya cedera.
Hal ini mungkin berlaku, apabila kamu pernah mengalami kecederaan di tubuh badan dan dada sebelum ini dan ia kemudian memberi kesan payudara kamu.
Bra Yang Tidak Sesuai
- Foto – MLR Institutions
Bukan itu saja, pemakaian bra yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan masalah rasa sakit pada payudara, jika bra yang dipakai terlalu ketat dan kecil ia memberi kesan mudarat pada payudara kamu.
- Foto – Medicine Net
Disebabkan faktor-faktor inilah anak dara yang belum berkahwin, boleh mengalami masalah payudara bengkak dan sakit berdenyut.
Jika kamu mengalami masalah seperti ini jangan panik, sebaliknya perhatikan perubahan yang berlaku pada tubuh badan.
Dan buat pemeriksaan di hospital atau klinik untuk mendapatkan bantuan, jika rasa sakit berlanjutan sehingga seminggu lebih.
Selamat beramal♥