Kulit sebenarnya terdiri daripada banyak lapisan. Setiap lapisan ini menjadi pelindung kepada organ dalaman. Tetapi kamu tahu atau tidak, ada satu lapisan kulit ini digelar sebagai skin barrier?
Banyak sebenarnya fungsi skin barrier ini pada kulit kita, antaranya menghalang kulit daripada cenderung untuk rosak.
Tetapi kalau sudah rosak, mulalah kamu akan nampak kulit menjadi kemerah-merahan, kerengsaan dan paling kerap berlaku adalah pertumbuhan jerawat.
Kalau kamu mahu tahu bagaimana skin barrier boleh menjadi nipis dan sebagainya, teruskan membaca.
Hanya Trend Atau Memang Wujud?
Istilah skin barrier ini sememangnya memang wujud dan bukannya mitos semata-mata. Skin barrier ini adalah salah satu lapisan kulit yang menjadi pelindung semula jadi kulit.
Skin barrier ini sebenarnya terdiri daripada sel kulit luar dan lipid yang mengandungi ceramide, kolestrol dan juga fatty acid. Gabungan ini telah membuatkan lapisan kulit menjadi sebagai pelindung yang kuat untuk melindungi lapisan kulit yang lain.
Selain menjadi pelindung kepada lapisan kulit yang lain, skin barrier ini juga melindungi kulit daripada faktor luaran seperti debu dan kotoran daripada masuk ke liang pori. Dalam pada masa yang sama, skin barrier yang sihat dapat membuatkan kulit kamu sentiasa kekal terhidrat.
Rupanya Ini Punca Skin Barrier Makin Rosak!
Struktur skin barrier yang mudah rosak dan rapuh ini boleh membuatkan kulit kamu mudah mengalami kerengsaan, dehidrasi, berminyak secara berlebihan disebabkan oleh beberapa situasi. Antaranya;
Terlalu Kerap Exfoliate Kulit
Memang betul kalau exfoliate kulit, kamu akan membuang sel-sel kulit mati pada wajah. Selain itu, kamu boleh rasai kulit menjadi makin lembut dan cerah berseri.
Tetapi kalau dilakukan dengan kerap, kamu bukan sahaja buang sel kulit mati, malah skin barrier pun boleh terhakis disebabkan penggeseran bahan-bahan exfoliate pada permukaan kulit.
Sebab itulah kalau kamu berjumpa dengan pakar dermatologi, mereka akan cadangkan untuk exfoliate kulit sebanyak satu atau dua kali seminggu.
Cuci Muka Secara Berlebihan
Kalau kamu mahu tahu, pencuci muka boleh menjadi penyebab utama kerosakan skin barrier.
Walaupun secara logiknya cuci muka dengan kerap boleh hilangkan kekotoran, tetapi sebenarnya ia boleh membuang lipid secara semula jadi pada kulit. Apabila lipid tiada, mulalah kamu akan merasakan kulit terlampau kering dan rasa terlalu pedih serta merengsa.
Kurang Tidur Dan Asyik Stress
Cakap tentang kurang tidur dan asyik stress ini, boleh dikatakan situasi ini menjadi punca kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh badan.
Kalau kamu nak tahu, situasi ini boleh menyebabkan kamu bangun dan lihat wajah mengalami ‘bad skin‘. Ini terjadi disebabkan oleh kerosakan skin barrier dan kehilangan air transepidermal yang tinggi.
Jadi kalau nak kulit cantik dan nampak sihat, kamu perlu tidur dengan cukup dan elakkan daripada stress untuk menjaga skin barrier.
Macam Mana Nak Baiki Skin Barrier?
Bila skin barrier dah rosak, mulalah kita akan menjadi gelabah dan runsing untuk baikinya. Jadi, ini adalah beberapa cara yang boleh kamu pertimbangkan untuk membaiki skin barrier.
Kuatkan Penjagaan Kulit Yang Asas
Jika skin barrier kamu telah rosak dan makin menipis, kamu perlu kembali kepada penjagaan kulit yang asas. Iaitu mulakan kembali daripada cleanser, toner, pelembap dan paling penting sunscreen. Ulang dan ulang penjagaan yang asas ini sehingga kamu yakin skin barrier telah pulih.
Kamu juga perlu elakkan daripada menggunakan bahan-bahan seperti alkohol dan witch hazel. Tetapi cari produk yang mengandungi bahan seperti niacinamide, ceramide atau linoleic acid.
Jangan Terlalu Kerap Exfoliate Dan Cuci Wajah
Memang air penting untuk kulit kekal terhidrasi dan sihat, tetapi air juga boleh menjadi penyebab kulit kamu menjadi kering dan terhidrasi. Sebab itu lah jika kamu mahu mencuci wajah, hadkan rutin mencuci maksimum sebanyak dua kali sahaja sehari.
Manakala untuk exfoliate kulit pula, lakukan sebanyak satu atau dua kali seminggu. Jika kamu nampak kulit seperti makin rosak atau merengsa, hentikan seketika.
Jangan Terpengaruh Dengan Produk Atau Rawatan Kulit
Apabila skin barrier sudah rosak, mulalah kita akan mencuba pelbagai produk dan rawatan kulit untuk dapatkan kembali kulit yang dahulu.
Tetapi sebenarnya langkah itu salah! Skin barrier yang telah rosak jika ditambah dengan produk baru dan rawatan kulit akan membuatkan kulit kamu lebih merengsa dan makin teruk keadaan kulit. Jadi, sabar sekejap dan dapatkan nasihat serta rawatan daripada doktor tentang kulit kamu.
Skin barrier yang rosak sememangnya boleh membuatkan seseorang individu mengalami keyakinan diri yang menurun. Tetapi kalau kamu ikut rutin dan amalkan dengan berdisplin, sekejap sahaja skin barrier kamu boleh pulih.