Siapa sangka kanak-kanak yang belum matang malah tidak tahu tentang selok-belok dunia hiburan boleh menjadi influencer yang terkenal?
Mesti ramai tertanya-tanya bagaimana kanak-kanak ini boleh menjadi lebih terkenal berbanding daripada orang dewasa. Dan paling mengejutkan mereka mempunyai pendapatan sendiri!
Selain itu, menjadi anak kepada seseorang yang terkenal juga membawa pelbagai manfaat. Daripada Youtube sehingga ke Instagram, kanak-kanak ini pasti menjadi tumpuan pengguna media sosial.
Walaupun akaun sosial media mereka dikawal oleh penjaganya, tetapi siapa sangka kanak-kanak ini boleh meraih pendapatan sendiri yang boleh mencecah ribuan ringgit?
Kalau kamu nak tahu, kanak-kanak ini belum lagi mencapai usia 10 tahun, tetapi mereka sudah menjadi influencer yang terkaya di Instagram bagi usia mereka yang masih muda itu.
Boomer Phelps (@boomerphelps)
Boomer yang merupakan anak kepada perenang Olimpik dan seorang model iaitu Michael Phelps dan Nicole Johson.
Hanya berusia 4 tahun sahaja, Boomer meraih pendapatan melebihi RM12 ribu untuk satu posting di Instagram miliknya. Dia yang sering menghabiskan masa bersama keluarganya terutama bersama bapanya.
Memiliki sifat atletik seperti Michael, akaun milik kanak-kanak ceria itu dikendalikan oleh kedua-kedua ibu bapanya.
[Pendapatan: RM 12,234 per posting]
Coco Princess (@coco_pinkprincess)
Coco yang berusia sembilan tahun, terkenal sebagai seorang model yang paling muda dan ikon fesyen dari Harajuku, Tokyo.
Memiliki sense of fashion yang lebih baik dan cantik daripada kebanyakkan orang dewasa, setiap peminatnya di Instagram sentiasa menunggu dan menantikan pakaian dan gaya fesyennya.
Dikatakan obses dengan jenama Gucci, ibu bapanya memiliki sebuah kedai vintaj iaitu Funktique di Harajuku.
[Pendapatan: RM 12,776 per posting]
Ava Foley (@avafoley)
Merupakan anak perempuan kepada bintang sensasi Youtube, Michelle Foley, Ava mempunyai lebih daripada 81 ribu pengikut di Instagram.
Baru berusia tujuh tahun, Ava juga berkawan baik dengan salah seorang influencer di Instagram iaitu Everleigh Soutas.
Akau kolaboratif milik kedua-kedua influencer itu telah dikendalikan oleh ibu mereka di mana ia mempunyai lebih daripada satu juta pengikut.
[Pendapatan: RM 16,312 per posting]
Asahd Tuck Khaled (@asahdkhaled)
Siapa tidak kenal dengan DJ Khaled? Seorang DJ terkenal di seluruh dunia ini mempunyai anak lelaki yang berusia tiga tahun iaitu Asahd Tuck Khaled.
Debut pertamanya telah dilakukan ketika kelahirannya yang dirakam di Snapchat. Rata-rata peminatnya yang mengikuti di Instagram dapat melihat kanak-kanak itu bergaul dengan selebriti-selebriti terkenal seperti Justin Bieber.
[Pendapatan: RM 23,354.17 per posting]
Ava & Leah Clements (@clementstwins)
Berusia 9 tahun, pasangan kembar ini dikatakan paling cantik di dunia.
Hanya beberapa bulan sahaja mereka menjadi perbualan orang ramai selepas ibunya, Jaqi mengongsikan beberapa foto pasangan kembar dalam media sosial.
Meraih pendapatan yang banyak bagi usia yang muda, pasangan kembar ini sering berkolaborasi dengan jenama-jenama terkenal seperti Gucci, Nike, Disney, Mattel dan Target.
[Pendapatan: RM 24,178 per posting]
Alaïa Marie McBroom (@alaiamcbroom)
Dilahirkan dalam keluarga yang terkenal di Youtube iaitu Ace Family, Alaïa merupakan adik kepada Elle Lively McBroom.
Mempunyai pengikut hampir 3 juta di Instagram, kanak-kanak berusia dua tahun ini telah meraih pendapatan hampir RM40 ribu untuk satu posting. Akaun Instagram miliknya telah dibuat oleh ibu bapanya selepas dua minggu kelahirannya.
[Pendapatan: RM 38,141.53 per posting]
Taytum & Oakley Fisher (@taytumandoakley)
Comel sangat pasangan kembar ini. Baru berusia empat tahun, Taytum dan Oakley merupakan anak kepada pasangan bintang Youtube yang terkenal iaitu Kyler dan Madison Fisher.
Mengikut jejak ibu bapanya, posting mereka di Instagram dipenuhi dengan gambar-gambar yang sangat comel dan berkongsi hobi dengan para peminatnya yang hampir 3.2 juta pengikut.
[Pendapatan: RM 42,231.77 per posting]
Mila & Emma Stauffer (@kcstauffer)
Muncul dalam video viral di mana pasangan kembar ini yang baru berusia lima tahun telah bersembang sesama mereka seperti lagak orang dewasa.
Disebabkan video viral itu, pasangan kembar ini telah berkolaborasi dengan Amazon, Nest, Dollar Rental Car Macy’s, Walmart dan beberapa syarikat lain untuk pengiklanan.
[Pendapatan: RM 48,132.63 per posting]
Elle Lively McBroom (@elle)
Merupakan kakak dan anak pertama bagi pasangan Austin McBroom dan Catherine Paiz, Elle yang berusia empat tahun merupakan kanak-kanak yang paling tinggi pendapatannya.
Dia yang mempunyai hampir 5 juta pengikut, telah berkongsi video rutin hariannya di Instagram. Menerusi saluran Youtube milik keluarganya yang terkenal, Ace Family, kamu boleh melihat rutin harian keluarga tersebut.
[Pendapatan: RM 67,963.95 per posting]
Everleigh Rose Soutas (@everleighrose)
Everleigh Rose Soutas adalah anak perempuan kepada blogger fesyen dan photographer, Savannah LaBrant. Ibunya yang mengendalikan akaun miliknya yang mempunyai hampir 5.2 juta pengikut.
Everleigh yang berusia tujuh tahun juga merupakan seorang pengguna TikTok dan Instagram yang berkongsi dengan rakannya Ava Foley iaitu @ForEverAndForAva.
Posting Everleigh di akaun Instagram miliknya sering memuat naik gambar adik perempuannya iaitu Posie Rayne LaBrant yang berusia satu tahun.
[Pendapatan: RM 68,049.59 per posting]
Melihatkan pendapatan mereka itu, mungkin kamu boleh menukar profesion untuk menjadi seorang influencer terkaya di Instagram?