“Satu, dua, tiga, empat,….”, seorang sami kecil mengira sambil menahan kesakitan apabila melilitkan badan mereka di beberapa pokok dan tiang semasa menjalani latihan di Kuil Shaolin yang terkenal di wilayah Henan.
Jika dilihat rutin seorang kanak-kanak biasa, mereka pasti menghabiskan masa dengan bermain. Berbeza dengan kanak-kanak yang menjadi sami Shaolin ini, mereka menghabiskan masa dengan menjalani latihan di kuil.
Menjalani latihan yang tidak boleh terbayang seorang kanak-kanak biasa boleh lakukannya, tetapi sami kecil ini mampu menjalaninya latihan luar biasa ini dengan mudah.
Ekstrem Untuk Kanak-Kanak
Untuk mempelajari kung fu Shaolin, sami-sami ini perlu dilatih sejak dari kecil lagi iaitu seawal umur 3 tahun. Ujian akan diberikan sejak mereka pertama kali datang ke kuil itu.
Tidak ditentukan mengikut usia, sama ada remaja atau kanak-kanak, mereka akan diuji dengan ujian yang sama melainkan instruktur merasakan mereka tidak sesuai untuk menduduki ujian tersebut.
Ketika latihan, mereka telah diajar dengan untuk menyesuaikan diri dengan latihan fizikal yang ketat dan ujian yang melibatkan kekuatan, kelenturan, ketangkasan dan kesakitan di mana ramai sami-sami kecil ini mengeluarkan air mata mereka.
“Normal untuk mereka merasai kesakitan ketika menjalani latihan. Semakin melakukan banyak latihan, mereka akan dapat mengatasi kesakitan itu”, ujar instruktor.
Pada awalnya, mereka hanya mempelajari tentang teori dan kemudiannya latihan dilakukan. Mereka telah belajar untuk mempraktik seni melatih kelembutan tulang dan dipaksa untuk menjadikan sendi dan artikulasi mereka lincah seiring dengan gaya kung fu.
Selain itu, latihan pernafasan juga dipelajari untuk menggerakkan nafas utama, kuatkan organ dalaman, memperbaiki keadaan darah, menyatukan kekuatan badan serta mengatasi keinginan dan dan keperluan mereka.
Sering dipaksa untuk menahan kelaparan, didenda atau dihukum, sami-sami kecil ini diajar untuk tidak berputus asa malah menerima apa yang diajar dan diberikan oleh instruktur mereka.
Keperitan latihan ini yang dianggap tidak sesuai untuk seorang kanak-kanak di mana mereka diberikan kata-kata yang kasar dan beberapa hukuman fizikal, ia sebenarnya membuatkan sami-sami kecil ini belajar dan menunjukkan prestasi yang terbaik.
“Walaupun sukar, latihan ini penting untuk mempersiapkan mereka menjadi Shaolin master. Latihan ini akan membantu mereka menjadi seorang lelaki yang kuat”, ujar instruktur.
Lain Daripada Yang Lain
Berasal daripada budaya Buddha di Kuil Shaolin di wilayah Henan, kung fu Shaolin ini dianggap sebagai perlambangan.
Gabungan ideologi kung fu dan Buddha telah membuatkan sami-sami mereka tidak hanya mempelajari kemahiran kung fu malah dapat memperkembangkan diri dengan pemahaman ideologi Buddha.
Selain itu, apa membezakan kung fu Shaolin dengan yang lain, sami-sami ini diajar setiap bentuk gerakan yang mempunyai lebih daripada seribu gaya yang terkenal sebagai fungsi pertahan diri, pembinaan badan dan athletics.
Sami-sami ini juga diajar tentang displin yang menekankan ‘keras’ dan ‘lembut’ ketika latihan yang menjadikan kung fu Shaolin ini sebagai sebuah gaya pertempuran yang estetik.
Atas arahan instruktur, latihan yang dijalankan dapat membentuk sami-sami kecil itu untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan displin serta dapat menolong mereka yang berada dalam kesulitan.