Bella Hadid pernah diangkat sebagai wanita tercantik di dunia kerana struktur wajah yang sempurna. Tetapi bila dilihat penampilan Bella di usia remaja sehingga kini, banyak juga lainnya.
Khabar angin bahawa dia telah mengubah wajah, tetapi dia telah menafikan dakwaan tersebut dan merasakan ianya sangat merepek. Sementara Bella Hadid berkeras menyatakan dirinya asli, pakar bedah kosmetik profesional sedikit ragu-ragu bila melihat gambar dulu dan sekarang Bella.
Dipercayai prosedur yang mungkin Bella lakukan adalah adalah rhinoplasty (nose job), botox, dermal fillers dan pembuangan lemak.
Bella Takut Dengan Surgery
Bella ada memberitahu dalam majalah InStyle bahawa dia sangat takut akan pembedahan, bayangkan pisau atau sebarang alatan suntikan.
“Orang fikir saya menjalani pembedahan ini atau melakukan ini atau itu. Tapi semuanya langsung tidak betul. Kita boleh lakukan scan di wajah saya, kalau itu yang anda mahukan. Serius saya takut meletakkan filler ke bibir. Saya sama sekali tidak akan melakukan sesuatu pada wajah.”
Bella Hadid Dulu & Sekarang
- 2013 vs 2014. Foto – Arkib Wanista
- 2014 vs 2016. Foto – Arkib Wanista
- 2014 vs 2018. Foto – Arkib Wanista
- 2010 vs Sekarang. Foto – IG
- 2010 vs Sekarang. Foto – Arkib Wanista
Apa Kata Pakar Kosmetik
Dr Tijion Esho The Esho Clinic on London Harley Street mengatakan, Bella melakukan rhinoplasty (pembedahan hidung), botox untuk mengangkat keningnya, sedikit filler untuk mengangkat tulang pipi dan bibir, dan pembuangan lemak buccal untuk menjadikan wajah kelihatan lebih runcing.
Dr Ifeoma Ejikeme, pengarah Adonia Medical Clinic, London mendedahkan prosedur yang Bella lakukan, bermula dengan botox. Lengkungan di alis mungkin meningkat dengan botox untuk membuka mata. Tulang pipi yang tinggi adalah kunci untuk penampilan model.
Dr James Marotta berkata wajah Bella lebih runcing dan nampak sedikit tua, mungkin kerana penurunan berat badan dan teknik solekan. Tapi yang jelas dia melakukan operasi rhinoplasty, kelopak mata atasnya kelihatan lebih terbuka dan lengkungan keningnya telah berubah.
Macam-macam yang dikatakan pakar tapi Bella dan keluarga tetap dengan pendirian. Anda rasa Bella ada ubah muka atau tidak? Suarakan pendapat.