Garam Masala merupakan bahan masakan paling popular dan sering digunakan dalam masakan kaum India, banyak menu-menu masakan India yang sedap-sedap menggunakan rempah ratus garam masala. Kenapa agaknya penggunaan rempah ratus seperti ini sangat popular dalam masakan mereka?
Ikuti kupasan menarik ini bersama penulis di bawah.
Garam Masala Bagus Untuk Kesihatan
Antara sebab kenapa garam masala sering digunakan dalam masakan mereka adalah kerana kebaikan penggunaan rempah tersebut dalam masakan, yang telah diketahui lama oleh masyarakat India sejak dahulu lagi.
Ini antara manfaat penggunaan garam masala dalam masakan yang ramai tak tahu.
- Jintan dan lada hitam – Bantu melancarkan penghadaman
- Kayu manis – Tinggi antioksidan
- Buah pelaga dan ketumbar – Merendahkan tahap kolesterol
- Buah pelaga dan ketumbar – Meningkatkan kesihatan dan tekanan darah
- Ketumbar, jintan, kayu manis dan lada hitam – Mengurangkan masalah keradangan dalam badan
- Bunga cengkih – Mengurangkan risiko kanser
- Bunga cengkih, buah pelaga, dan buah pala – Melawan bakteria
- Lada hitam – Membantu tubuh menyerap nutrisi dengan baik
- Lada hitam – Melindungi sistem saraf
- Kayu manis – Meningkatkan sensitiviti insulin
Setiap rempah ratus yang terdapat dalam garam masala memberi kesan kesihatan pada tubuh badan, sebab itu kita boleh bandingkan orang yang kuat memakan masakan rempah ratus sebegini memiliki antibody yang kuat berbanding mereka yang kurang gemar makan makanan berinspirasikan rempah ratus.
Garam Masala Mudah Dihasilkan
Selain itu, garam masala juga sangat mudah dihasilkan, ramuan tradisi turun temuran dari negara rempah terbesar dunia ini menjadikan ia antara sumber bahan masakan wajib digunakan ketika memasak.
Oleh kerana garam masala sangat mudah dihasilkan, masyarakat India tak pernah beli rempah ratus siap yang dijual di pasaraya.
Sebaliknya mereka akan menghasilkan sendiri serbuk rempah garam masala di rumah, yang penting tahu apakah rempah ratus yang digunakan serta sukatan rempah tersebut.
Bahan-bahan hasilkan garam masala
- 3 inci batang kayu manis
- 2 sudu makan lada hitam/papercorn
- 2 sudu makan biji buah pelaga (yang dibuang kulit hijaunya)
- 3 sudu makan biji ketumbar
- 2 sudu makan biji jintan
- 1 sudu teh bunga cengkih
- 1 sudu makan buah pala
- 1 helai daun salam
Cara-cara hasilkan garam masala
- Panaskan kuali dengan api sederhana panas, goreng tanpa minyak kayu manis, peppercorns, bunga cengkih, biji buah pelaga, biji ketumbar dan biji jintan dalam kuali panas selama 10 minit.
- Gaul bahan-bahan hingga naik bau harum dan kemudian tutup api dan biarkan bahan-bahan sejuk.
- Ambil kesemua bahan-bahan dan masukkan bahan-bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan sehingga hancur dan kemudian simpan serbuk garam masala dalam bekas kedap udara.
Masakan Lebih Sedap Dengan Menggunakan Garam Masala!
Bagi yang nak belajar masakan India menggunakan garam masala, bolehlah cuba resepi masakan yang sedap ini di rumah nanti.
Instant Pot Butter Chicken
Bahan-bahan
- 6 sudu makan minyak ghee
- 1 biji bawang besar (di potong)
- 4 ulas bawang putih (di cincang)
- 1 sudu makan halia (di cincang)
- 1 sudu makan garam masala
- 1 susu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk paprika
- 1 sudu makan garam
- 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
- 1/2 sudu makan serbuk jintan
- 1/4 sudu makan serbuk lada cayenne
- 1/3 cawan stok ayam kurang garam
- 2 tin tomato yang dipotong dadu bersama jus
- 4 sudu makan pes tomato
- 900 gram paha ayam tanpa tulang
- 2/3 cawan heavy cream
- 1/4 daun ketumbar
- 1 sudu makan gula atau madu (kalau nak letak)
Cara masak
- Setelah bahan-bahan disediakan, masukkan 3 sudu minyak ghee dalam periuk instant pot dan pilih setting saute. Kemudian apabila periuk dah panas masukkan bawang besar, gaul sehingga bawang besar menjadi lembut.
- Kemudian masukkan bawang putih dan halia ke dalam periuk dan gaul selama 1 minit. Selepas itu barulah masukkan garam masala, serbuk kunyit, paprika, garam, jintan, ketumbar dan lada cayenne dalam periuk dan gaul bahan-bahan selama 1 minit.
- Selepas itu, batalkan setting saute tadi. Masukkan stok ayam, tomato dan ayam dalam periuk. Tutup periuk dan pilih setting high pressure, setkan masakan selama 10 minit.
- Selepas 10 minit, buka penutup periuk dan biarkan tekanan udara keluar dalam masakan selama 15 minit.
- Angkat ayam dan letakkan di atas papan pemotong, kuah ayam tadi di masak lagi sekali selama 3-5 minit dengan memasukkan pes tomato. Pilih setting low saute dan gaul masakan sehingga kuah menjadi pekat, gaul sekali 3 sudu heavy cream dalam kuah.
- Ayam yang diangkat keluar tadi, di potong kecil dan dimasukkan ke dalam periuk semula. Masak hingga ayam sekata, dah siap tabur daun ketumbar atas masakan.
- Hidangkan butter chicken bersama nasi panas.
Chicken Tikka Masala
Bahan-bahan untuk perapan ayam
- 1 cawan yogurt segar (pastikan bukan jenis masam ya)
- 1 cawan daun ketumbar segar yang di potong
- 2 sudu makan pes halia
- 3 sudu makan pes bawang putih
- 3-4 sudu makan garam masala
- 6 sudu teh lada hitam (peppercorn) atau 2 sudu cili merah kering
- 3 sudu makan jus limau atau lemon
- 1/2 sudu teh pewarna makanan warna oren
- 1 kilogram ayam tanpa kulit dan di potong pada saiz 2 inci atau saiz sederhana kecil
Bahan-bahan untuk gravy ayam
- 2 bawang besar saiz sederhana yang di potong
- 6 ulas bawang putih di cincang
- 5 biji buah pelaga
- 1 tin tomato puri atau 6 biji buah tomato bersaiz sederhana yang di potong dadu
- 2 sudu makan garam masala
- 2 sudu teh gula perang
- 1 cawan single cream
- 3 sudu makan pes almonds
- 3 sudu makan minyak masak sayur/canola/matahari
- Garam secukup rasa
Cara masak
- Letak ayam dalam mangkuk dan masukkan semua bahan-bahan perapan ayam dan gaul rata bahan-bahan tersebut pada ayam. Dah siap digaul, tutup mangkuk ayam dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
- Ayam dah diperam semalaman, boleh dikeluarkan dari peti sejuk dan sedia untuk di panaskan dalam ketuhar atau goreng separuh masak atas api dalam kuali. Jika kamu panaskan ayam guna ketuhar suhunya adalah 200 selsius atau 400 fahrenheit. Kalau kamu masak atas api menggunakan kuali, masak ayam hingga menjadi sedikit kekuningan atau coklat.
- Selesai bahagian ayam, panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Kemudian masukkan bawang besar dan masak hingga bawang lembut.
- Kemudian masukkan buah pelaga dan bawang putih, tumis selama 2-3 minit.
- Setelah itu, masukkan garam masala, gula perang, tomato, serbuk almond dan gaul bahan-bahan sehingga kuah terhasil.
- Masukkan ayam tadi ke dalam kuali dan masak selama 10 minit.
- Kemudian masukkan single cream dan gaul sehingga sebati. Dah siap masak, tutup api dan ayam boleh letakkan atas mangkuk sambil ditaburkan daun ketumbar.
- Makan panas-panas bersama nasi putih atau pun roti naan.
Jom lepas ini kita belajar masak menggunakan garam masala dalam masakan, pasti sedap dan menyihatkan tubuh badan. Lagi pun tak rugi mencuba betul tak?
Selamat beramal♥