Laporan menunjukkan 47% model pada Minggu Fesyen New York yang lalu dimonopoli oleh model berwarna.
Walau ada pencapaian di situ, tapi masih banyak yang perlu diperbetulkan. Ada model kulit hitam yang bekerja setiap hari untuk mengubah industri menjadi lebih baik, seiring dengan peredaran zaman sekarang dan hak sama rata antara mereka.
Sepanjang Minggu Fesyen, beberapa nama model hitam di bawah antara yang cukup kuat pengaruh dalam dunia peragaan, termasuk Jillian Mercado, Winnie Harlow, Precious Lee dan ramai lagi.
Winnie Harlow
Salah seorang model yang paling terkenal pada masa kini. Mukanya selalu memenuhi Minggu Fesyen dan komersial untuk pelbagai jenama.
Lineisy Montero
Cukup terkenal dengan rambut Afro yang semula jadi dalam dunia fesyen, di samping wajahnya yang fotogenik.
Jourdan Dunn
Wanita manis ini menjadi berita utama pada tahun 2015 ketika dia menjadi wanita kulit hitam pertama tampil sebagai muka depan untuk Vogue UK.
Duckie Thot
Bukan biasa-biasa, dia adalah wajah untuk jenama mekap Rihanna.
Broderick Hunter
Si kacak Broderick Hunter ini pernah menjadi wajah Ralph Lauren.
Diandra Forrest
Merupakan model wanita pertama dengan albinism yang ditandatangani oleh agensi pemodelan.
Slick Woods
Dia menempah nama dalam dunia fesyen kerana keunikan yang tersendiri, berkepala botak, gigi jarang dan tatu.
Adonis Bosso
Dia telah menjadi model untuk Dolce & Gabbana dan Todd Snyder. Dalam dunia modelling, lelaki ini terkenal dengan tindik septumnya.
Adut Akech Bior
Merupakan kanak-kanak pelarian dari Selatan Sudan, dan kini menjadi salah seorang model hebat ketika ini. Pernah bekerja dengan jenama Chanel, Miu Miu, Versace dan Prada.
Precious Lee
Precious Lee adalah model badan besar berkulit hitam muncul dalam Vogue.
Corey Baptiste
Memulakan karier di usia 19 tahun dan sudah bekerja dengan jenama DKNY, Banana Republic, Ralph Lauren, Benetton dan banyak lagi.
Semoga model berwarna lebih dikenali lagi dan tidak hanya dikuasai oleh kulit putih semata.