Zac Efron atau nama sebenarnya Zachary David Alexander Efron, menghadapi detik cemas semasa menjalani penggambaran untuk program televisyen ‘Killing Zac Efron’ di Papua New Guinea.
Menurut E News, aktor yang berusia 32 tahun di kejarkan ke hospital swasta di Brisbane, Australia menggunakan pengangkutan udara oleh pasukan perubatan.
Di maklumkan pelakon kacak ini, dijangkiti kuman dan juga typhoid yang hampir mengancam nyawanya. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit), penyakit typhoid boleh ditemui dalam makanan atau air di Papua New Guinea.
Pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menyarankan kepada orang ramai yang menghadapi penyakit yang sama, segera ke hospital untuk mendapatkan vaksin dan rawatan.
Kini difahamkan Zac Efron telah kembali pulih seperti sediakala apabila aktor tersebut memaklumkan tentang kesihatannya di Instagram.
“Sangat berterima kasih yang bertanyakan khabar saya. Saya jatuh sakit di Papua New Guinea tetapi saya kembali pulih dan menghabiskan masa selama tiga minggu di P.N.G.
Kini saya bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Terima kasih terhadap perhatian dan kasih sayang anda semua, jumpa lagi di tahun 2020!” – Zac Efron
Mesej tersebut membuatkan peminat Zac Efron berasa lega tentang perkhabaran gembira tersebut. Dan rata-rata ramai yang tidak sabar menonton projek terbaru arahan aktor ini, iaitu ‘Killing Zac Efron’.
Difahamkan untuk menyiapkan penggambaran ini di Papua New Guinea, aktor ini mengembara merentasi hutan dalam dan pulau yang berbahaya selama 21 hari! Memang dedikasi betul Zac Efron ni.