Ada tak sesiapa di sini yang masih tidak mengetahui cara pakai eyeliner? Cepat mengaku, tak payah nak malu.
Baca : Tips Mekap! Ini Teknik Betul Untuk Garis Eyeliner Yang Tiptop
Kita ketahui tujuan penggunaan eyeliner adalah agar mata terlihat lebih tajam dan ekspresif sehingga wajah nampak fresh. Dan selalunya kita menggunakan eyeliner dari rona gelap seperti hitam dan coklat, jarang sekali bermain dengan warna-warna terang seperti biru, ungi, hijau atau putih. Alasannya takut mata menjadi pelik malah hodoh. Tapi tidak ada salahnya jika ingin mencuba menggunakan warna-warni yang glamor sebegini. Sesekali nak melaram…
Sesuaikan dengan warna mata
Kebanyakan orang Malaysia mempunyai mata warna hitam atau coklat, eyeliner berwarna yang paling sesuai adalah biru, ungu atau hijau. Jadi, penting untuk memastikan solekan mata tidak terlalu keterlaluan dan masih sepadan dengan warna mata asal. Sebabnya, solekan mata yang berlebihan akan menimbulkan kesan galak yang menyebabkan anda berasa tidak selesa.
Aplikasi pada waterline
Cara terbaik untuk menggunakan eyeliner berwarna ialah di bahagian bawah garis mata (waterliner). Trik ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai mata sepet. Kerana, menggunakan eyeliner pada waterline boleh membuat mata kelihat lebih besar, terutama jika anda menggunakan warna putih atau nude. Terutama bagi anda yang mempunyai mata besar yang mahu menggunakan eyeliner berwarna seperti putih – caranya dengan menggunakan eyeliner pada ketebalan tipis sehingga sederhana di bahagian atas dan bawah kelopak mata untuk menyempurnakan bentuk mata.
Highlight sudut dalam mata
Salah satu eyeliner warna terbaik yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan solekan mata yang cantik adalah eyeliner putih. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, dengan menggunakan eyeliner putih boleh membuat mata kelihatan lebih besar. Di samping itu, anda juga boleh menggunakan eyeliner putih untuk menyerlahkan sudut dalaman mata, menjadikan mata kelihatan lebih terbuka. Cara menggunakan eyeliner putih ini adalah untuk menerapkannya di bahagian atas mata dari bahagian dalam ke tengah.
Solekan yang serba ringkas
Jika anda menggunakan eyeliner berwarna, anda hanya perlu solekan ringkas yang tidak berlebihan agar penampilan kekal berseri dan tidak ‘over’.
Boleh tahan menarik solekan eyeliner putih. Nampak lain daripada yang lain. Penulis terasa nak cuba pula.