Pihak berkuasa persekutuan telah menjalankan siasatan keatas syarikat farmasi terbesar dunia Johnson & Johnson berkenaan isu bedak talkum keluaran Johnson & Johnson ini mempunyai risiko menghidapi kanser. Dan isu ini sekaligus membuatkan orang awam tertipu dengan syarikat farmasi gergasi ini selama dekad lamanya!
Menerusi laporan daripada Bloomberg, skandal yang berlaku ke atas syarikat tersebut bukanlah yang pertama kali berlaku, ini kerana terdapat dakwaan daripada para pengguna yang menggunakan bedak bayi dari syarikat farmasi ini menyatakan bahawa mereka menghidap kanser ovari selepas menggunakan bedak tersebut.
Berikutan dengan pelbagai dakwaan dan isu mengenai syarikat Johnson & Johnson ini, juri terbesar di Washington melihat pada dokumen sama ada Johnson & Johnson mengetahui bahawa produk bedak talkum keluaran mereka mengandungi Carcinogens (merupakan bahan yang mampu menyebabkan kanser dalam tisu hidup).
Tambahan lagi, syarikat farmasi gergasi dunia Johnson & Johnson ini telah di saman lebih daripada 13,000 kali kerana tidak memaklumkan kepada pengguna bahawa bedak mereka mengandungi Asbestos (yang merupakan kanser tisu yang di kenali sebagai Mesothelioma).
Oleh kerana terlalu banyak skandal dan spekulasi negatif terhadap syarikat farmasi gergasi ini, saham syarikat Johnson & Johnson turun merundum sebanyak empat peratus susulan impak yang berlaku ke atas syarikat terbabit.
Manakala jurucakap Johnson & Johnson, Ernie Knewitz mengeluarkan kenyataan bahawa pihak syarikat telah mendedahkan telah menerima sepina (arahan untuk menghadiri mahkamah) pada bulan Februari dan akan memberi sepenuh kerjasama dalam membantu siasatan.