Salah satu azam tahun baru ialah mahu merubah penampilan yang lebih fresh, muda belia. Selain mengecapinya dengan disiplin rutin kecantikan, buang pakaian lama dalam closet, mula bersenam, satu lagi cara dengan gunting rambut anda sekarang. Ya, penulis serius!
Anda mesti selalu mendengar gaya rambut bangs? Rambut pendek di bahagian depan paras dahi. Tapi tak semua berani mencuba gaya sebegini, sebabnya risau ia akan membuatkan wajah tampak terlalu muda atau comel. Ada juga yang risau bangs mungkin tidak sesuai buat wajah mereka, bayangkan kalau wajah bulat, bangs sesuai ke pada mereka. Macam-macam hal!
Jikalau anda masih belum membuat keputusan sama anda ingin mendapatkan bangs atau tidak? Nescaya alasan ini bikin anda berubah fikiran.
Pilihan terbaik untuk merubah penampilan
Ada orang yang ingin merubah penampilan tetapi takut nak lakukannya. Jika anda takut nak gunting pendek rambut yang panjang mengurai, memadai buat bangs sahaja. Voila, penampilan terus nampak lain. Confirm ramai yang memuji anda bila tiba-tiba anda buat comeback dengan penampilan baru ini.
Nak nampak muda? Inilah masa anda!
Bangs, fringe – selalu mengingatkan kita pada imej budak sekolah, lebih-lebih lagi kalau rambut pendek bersama bangs, aduhai terlalu comel. Trik paling sesuai dan berkesan digunakan sehingga ke hari ini.
Boleh membantu membentuk wajah
Jika anda mempunyai dahi luas, muka bulat bak tembikai, bangs dapat membentuk wajah anda kelihatan lebih runcing dan kecil. Tidak perlu kontur lagi!
Wispy, full, side-swept? Pilih sahaja mana yang berkenan sesuai dengan rambut anda. Tak salahkan nak bereksperimen kalau anda jenis yang yakin dan tak pedulikan suara yang menganjing. Who Cares!