Nampaknya, kehangatan resepsi perkahwinan selebriti Priyanka Chopra dengan Nick Jonas menjadi topik perbualan netizen sejak dua tiga hari ini.
BACA: Bagaikan Diraja, Priyanka Chopra Dan Nick Jonas Bakal Kahwin Di Istana
Selepas melangsungkan resepsi berkonsepkan Hindu buat keluarga sebelah Priyanka, semalam, majlis sambutan buat kedua mempelai itu diteruskan pula dengan resepsi Kristian untuk turut menghormati agama yang dianuti suaminya.
Dengar kata, perkahwinan Priyanka Chopra dan Nick Jonas itu boleh dikira sebagai “Wedding of the Year” kerana disambut empat hari berturut-turut dalam suasana dan dekorasi serba mewah!
Tonton Momen Indah Priyanka Chopra Bersama Nick Jonas
Salah satu perkara yang menarik perhatian Wanista adalah persalinan gaun putih yang digayakan Priyanka sewaktu resepsi perkahwinan Kristian.
Serba Ringkas Tapi Cantik
Apa yang kamu tidak tahu, gaun perkahwinan yang mendapat sentuhan Ralph Lauren ini khabarnya memerlukan tempoh waktu selama 1,826 jam untuk disiapkan dengan sempurna.
Untuk lebih keterujaan di hari bahagianya, Priyanka bijak memadankan gaun putih minimalis yang diperbuat daripada material renda bersulam butiran mutiara asli itu dengan helaian layah senada berukuran 75 kaki panjang! Untuk pengetahuan semua lagi, ia memerlukan lima orang pembantu untuk merapikan dan membawa layah tersebut tau…
Jelas Priyanka, proses pemilihan rekaan gaun perkahwinan idamannya bukanlah mudah namun apabila Ralph Lauren menawarkan khidmat untuk membuatkan gaun kahwin untuknya, dia tidak bisa menolak kerana menurut Ralph sendiri, ini (gaun kahwin milik Priyanka) adalah gaun perkahwinan keempat rekaan mereka dalam tempoh 50 tahun.
“For the Western wedding, we had been talking to a bunch of incredible designers, but ultimately when Ralph Lauren approached us, I learned that Ralph has only designed three wedding dresses in 50 years — one for his daughter, his daughter-in-law, and his niece,” Priyanka states, adding, “I was blown away.”
Selama ini, Ralph Lauren cuma pernah menghasilkan tiga busana gaun perkahwinan iaitu untuk anak perempuannya, untuk menantu perempuannya dan satu lagi adalah untuk anak buah perempuannya. Ini sekaligus menjadikan Priyanka Chopra sebagai wanita bukan keluarga pertama yang merasa untuk menyarung gaun perkahwinan istimewa rekaan Ralph Lauren.
Terdahulu, nama Priyanka Chopra pernah menjadi bahan netizen apabila beliau hadir ke acara Met Gala sekitar Mei 2017 sambil menggayakan trench coat unik -juga merupakan karya ilham Ralph Lauren.
Saat menghadiri Met Gala 2017 itu jugalah adalah kali pertama Priyanka Chopra, 36, dilihat bergandingan dengan Nick Jonas, 26.
Kalau dah jodoh… ❤