Pernah tak anda berdepan dengan situasi di mana tiba-tiba rasa senyap dan sunyi ketika dating?
Seperti tiada satu perkataan yang keluar bila temu janji, dua-dua hanya mampu diam membisu tanpa bunyi, moment ‘krik-krik’ mula berlaku. Mungkin si dia kelu lidah untuk berkata ataupun bosan.
Bila perkara sebegini terjadi, apa yang perlu dilakukan. Takkan salah seorang tidak mahu mulakan langkah. Apa kata cuba untuk kenali isi hati pasangan. Gunakan masa yang ada untuk korek hal peribadinya, ketahui perihalnya. Cuba berkongsi cerita satu sama lain. Apa yang dia suka dan tidak suka, inilah masanya. Tapi nak bercakap kena tahu topiknya, jangan sesekali hentam keromo takut silap hari bulan itu kali terakhir kamu berjumpa dengannya.
Wanista beritahu topik kamu patut elak dari berborak ketika keluar dating!
Politik
Cuba bayangkan scenario, kamu pertama kali berjumpa dengannya dan tiba-tiba mengeluarkan topik tentang isu semasa dunia politik, bukankah itu hanya mengundang… dan lagi teruk kalau si dia dari parti yang berbeza. Lagipun tak semua orang mengikuti hal politik, jadi sila elakkan.
Agama
Sama seperti hal politik. Subjek ini boleh membawa kepada banyak perdebatan yang hangat, yang nanti membuatkan kamu berdua memendam rasa yang kurang enak. Biarkan ia ketepi untuk first date.
Bekas Kekasih
Ya, sama ada bekas teman lelaki atau bekas teman wanita. Tiada siapa yang suka mendengar kamu mengadu tentang cinta hati lama, malah ia hanya memberi tanggapan negatif terhadap diri kamu.
Wang Ringgit
Satu lagi topik yang boleh menjadi agak sensitif. Tak perlu rasanya nak jaja dengan pendapatan yang anda perolehi, nanti si dia merasakan anda seorang yang riak dan suka menunjuk.. Mesti tak mahu dicop sebegitu pada first date kan..
Seks
Dengar pun menakutkan apatah lagi terang-terang bercakap tentang topik yang sensitif ini. Bercakap satu hal, ada yang tanpa segan silu menghantar gambar berunsur kotor. Kalau jumpa dengan orang sebegini, ucapan selamat jalan romeo je…
Baca: Kalau Lelaki Lakukan 3 Perkara Ni Ketika Dating, Maka Tinggalkan Saja…
Sekarang jelas dah? Selamat Beramal dan Semoga Semuanya Baik-Baik Belaka!