Tak semua orang bertuah dikurniakan suara yang merdu. Hakikatnya, memang kita semua boleh menyanyi tetapi tak semua boleh menyanyi dengan memanfaatkan alunan suara seindah milik Ariana Grande mahupun Sam Smith betul tak?
Tapi tahukah kamu sebenarnya ada petua yang mampu memerdukan suara? Khas untuk para pembaca yang dikasihi, ini Wanista kongsikan caranya.
#1 Tarik-Tahan Nafas
Kalau mahu suara tinggi, boleh cuba tahan nafas sedikit dari sedikit. Tarik nafas dalam-dalam sehingga perut terasa keras, cuba tahan dalam masa 10 saat. Lakukan setiap hari dan tambah tempoh tahan nafas itu setiap hari dari 10 saat ke 15 saat, 20 saat dan seterusnya. Cara ini akan melatih diri untuk memanjangkan suara.
#2 Minum Air Embun
Petua ini dikongsikan sendiri oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekitar beberapa tahun lalu. Menurutnya, ibunya sering mengembunkan air pada waktu malam, kemudian air tersebut diminum olehnya keesokan pagi dengan membaca selawat terlebih dahulu.
#3 “Jeritan Batin”
Seorang blogger berkongsi bahawa kalau kamu inginkan suara yang sedap dan bisa mencapai nota muzik paling tinggi, boleh lakukan jeritan batin ini beberapa kali dalam sehari. Cuba takung air dalam baldi atau pergi ke sungai. Lalu, tarik nafas dalam-dalam dan jerit sekuat hati di dalam air tersebut sambil wajah ditangkupkan di dalam air. Cara ini juga boleh menguatkan diafram.
#4 Minum Air Limau Bercampur Kapur
Khabarnya sering diamalkan para Qari dan Qariah untuk mengekalkan kemerduan suara. Ambil dua biji limau nipis lalu perah jusnya ke dalam cawan. Campurkan dengan sedikit kapur makanan dan garam bersamanya. Tambah pula satu sudu madu asli dan kacau sebelum minum. Amal dan minum seminggu sekali okay?!
#5 Kumur Dengan Air Garam
Air garam terbukti bisa menjadi antiseptik yang akan membersihkan serta memulihkan keadaan kerongkong yang sedang mengalami iritasi.
#6 Amalkan Doa Nabi Daud
Menurut sirah Rasul, Nabi Daud adalah antara Nabi yang memiliki suara paling merdu. Melihatkan tanggungjawab beliau untuk menyampaikan dakwah dan mengumpul lebih ramai penganut Islam pada zamannya.
“Allahumma inni as aluka shautan khofiifan hasanan qowiyyan ka shauti nabiyyinaa daawudu ‘alaihissalaam”.
Sepotong doa ini turut diamalkan bagi mengekalkan kelunakan suaranya untuk berdakwah sekaligus beliau mempunyai mukjizat untuk melembutkan hati orang yang keras bahkan bisa menjinakkan haiwan dengan suara lembutnya.
Baca dengan ikhlas sebanyak 3 kali setiap kali selesai solat fardhu dan 3 kali sebaik sebelum bersuara di khalayak umum.
Selain itu, kurangkan minuman berkafien seperti teh dan kopi, elak makan makanan berminyak atau pedas, elak minuman berais dan bergas serta minum air masak sebanyak mungkin untuk mengekalkan kelembapan di dalam kerongkong dan tubuh. Barulah suara yang dihasilkan itu sihat belaka.
Tonton Persembahan Hebat Lady Gaga Sewaktu OSCARS 2015
Amalkan petua-petua mudah yang Wanista kongsikan ini, Inshaa Allah… mana tahu kalau menjadi?
Selamat beramal! ❤