Biarlah kita datang dari ceruk kampung sekalipun asalkan tidak pernah melupakan asal-usul tempat kelahiran kita.
Seperti jejaka berbakat bernama Kide Baharudin ni, beliau sekali lagi tampil berkerjasama dengan jenama kasut terkemukaVans untuk mempeloporinya dunia Asia dengan bakat dan karya seninya yang diadaptasi dari ceritera sejarah, kehidupan serta hubungan sesama masyarakat di Malaysia.
Bersempena dengan kemerdekaan negara yang dikecapi selmaa 61 tahun, Vans melihat karya Kide sebagai satu imbuhan yang mampu mengharumkan nama negara di mata dunia seklaigus memilih beliau sebagai ikon untuk menjelajah ke seluruh Asia dari Singapura hingga ke Korea, Filipina dan Guangzhao bagi menghidupkan lakarannya yang begitu gah.
Tonton Pengenalan Tentang Kide Baharudin
Menurut Justice Lee, Pengarah Kreatif untuk Vans APAC menjelaskan, Kide dan Vans sbenarnya mula bekerjasama sejak tahun lalu sebaik selepas dinobat sebagai pemenang yang mewakili Malaysia untuk pertandingan Vans Asia Custom Culture. Haisl karyanya yang berwarna-warni sangat menarik hati bahkan mampu berjalan seiring matlamat yang dipegang Vans sendiri.
Menurut Kide pula, hasil seninya adalah berlandaskan pengalaman dan pemerhatiannya. Beliau mula berjinak dengan hanya melakar lakaran rawak yang diinspirasikan dari idea buku-buku, internet serta ilham dari kunjungannya ke tempat-tempat pelancongan.
Pada akhirnya, terhasilah lukisan iyang turut ditemani karaketr beremosi sekaligus menyisip elemen lucu yang boleh dikaitkan dengan budaya dan warisan Malaysia. Vans sesungguhnya sangat komited untuk menyediakan platform bagi artis-artis tempatan seperti Kide mengekspresikan jiwa seni sambil membuka peluang kepada mereka untuk mendapat pendedahan di peringkat global.
Temui Kide Baharudin Bersama House of VANS Asia Tour Pada Tarikh & Waktu Berikut:-
September 7 – 9: 2 Hang Kasturi, KL
September 8: S Factory, Seongsu District, Seoul Korea
September 22 – 23: Party Pier, Guangzhou, China
Oktober 20: Filipina
Makluman lanjut ada di [hovasia.com]