Selain penkek, wafel merupakan satu lagi manisan yang penulis gemar. Rangup di luar dan dalamnya terasa lemak dari mentega menjadikan wafel manisan pilihan serata dunia.
Terdapat banyak variasi wafel yang dihasilkan bergantung kepada acuan yang digunakan. Wafel dimakan di seluruh dunia, terutamanya di negara asalnya Belgium di mana terdapat lebih daripada sedozen jenis wafel yang dihasilkan dari rantau ke rantau. Wafel boleh dibuat sama ada secara segar mahupun dipanaskan selepas dimasak secara komersial sebelum dibekukan. Wafel boleh dimakan dengan begitu sahaja (terutama jenis nipis) atau dimakan dengan pelbagai bahan hiasan topping yang menjadikannya istimewa di setiap negara seluruh dunia.
Dan tahukah anda, di setiap negara miliki cara pembuatan wafel yang tersendiri dan unik, malah hanya ada di negara mereka sahaja. Antara yang nampak menyelerakan seperti…
Hong Kong
Wafel berbentuk seperti telur dan sangat comel. Secara tradisinya dipanggil wafel telur, sangat ringan, fluffy dan enak dimakan panas-panas. Hadir dalam pelbagai perisa seperti original mentega, coklat, kastard, teh hijau dan pelbagai lagi.
Belanda
Wafel yang sangat nipis dan rangup ini dipanggil stroopwafel, sangat popular di sekitar Amsterdam. Dalamnya diisi dengan jem seperti maple syrup, kopi, coklat, mentega kacang atau mentega.
Belgium
Siapa yang tak pernah makan wafel Belgium. Tebal dan fluffy, ada yang membuatnya dalam saiz besar dan kecil. Boleh dimakan begitu sahaja atau ditambah topping seperti mentega, buah-buahan, krim putar, jem serta pelbagai lagi.
Jepun
Jepun memanggilnya Taiyaki, wafel berbentuk seperti ikan, disajikan panas dan disumbat dengan kacang merah. Mungkin ramai tidak menyukainya tetapi dengan penambahan kacang merah, sebenarnya sangat lazat dan manis.
Itali
Itali terkenal dengan wafel nipis, kembut dan kental seperti biskut. Corak yang ditekankan dan rasa yang unik membezakannya dengan wafel lain. Datang dalam pelbagai rasa seperti coklat, vanila, sitrus, karamel dan banyak lagi. Di atas pula ditabur gula dan sempurna dinikmati bersama kopi.
Brazil
Terkenal dengan wafel keju. Anda boleh menghidangkannya sebagai pencuci mulut dengan meletakkan aneka buah, snek makan malam, atau makan begitu sahaja kerana rasa keju cukup kuat.
Semua nampak menyelerakan. Kalau travel ke negara ini, jangan lupa cuba wafel ini okay…