Untuk si beauty junkies, ini untuk anda!
Lagi kaunter kecantikan buka di lapangan terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Parfums Christian Dior, Malaysia Airports dan Colours & Fragrances (C&F) bekerjasama untuk menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung dengan pembukaan kedai sementara (pop-up store) Dior Backstage yang pertama di lapangan terbang Asia Tenggara, KLIA.
Kedai sementara Dior Backstage merupakan konsep baharu yang menawarkan pengalaman unik dan tidak boleh dilupakan untuk semua pengunjung KLIA. Direka untuk mengetengahkan yang terbaik dari Dior, kedai sementara Dior Backstage ini diwujudkan khas untuk koleksi alat solek Dior Makeup. Kedai sementara ini dilengkapi dengan hiasan mewah dan reka bentuk grafik berwarna hitam berkilat, yang sememangnya menyerlahkan lagi gaya Dior yang tersendiri.
Direka oleh Peter Philips, pengarah imej dan kreatif Dior Makeup, Dior Backstage merupakan koleksi alat solek pertama yang diinspirasikan dari sebalik tabir wanita yang inginkan hasil solekan seperti seorang profesional. Koleksi alat solek profesional ini telah berjaya menarik perhatian ramai jurusolek dari New York hinggalah ke Seoul, dan kini boleh didapati di kedai sementara yang terletak di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA.
Sebelum nak fly, meh singgah beli mekap dekat Dior Backstage dulu.