Usaha untuk mendapatkan bentuk tubuh impian bukanlah mudah seperti yang disangka. Tidak semua orang bertuah untuk memilikinya secara semulajadi. Ada yang kena menahan nafsu makan dan berdisiplin dengan jadual harian. Malah perkara yang sekecil zarah juga akan diambil kira jika melibatkan soal kesihatan dan kecantikan.
Perut leper atau tidak buncit antara tumpuan pertama untuk mereka kelihatan cantik keseluruhannya. Malah keyakinan untuk berfesyen juga lebih terserlah, tak perlu nak selindung disebalik baju-baju besar.
Buat anda yang ingin terus-menerus berusaha untuk mendapatkan perut kempis, kena tahu minuman juga berperanan penting. Terdapat 3 minuman yang perlu anda elakkan sepanjang diet perut kempis iaitu…
#1 Kafein
Bergantung pada jenis dan kuantiti air kopi yang anda ambil mungkin dapat memberi kesan buncit sementara. Ini kerana kopi mengandungi sifat asid yang menyebabkan perut terasa tidak selesa dan memulas.
#2 Air gas
Bukan sahaja manis bergula yang boleh merisikokan pada diabetes malah kecendurungan untuk perut buncit juga! Gas dari air berkarbonat tidak dapat dihadam jadi ia terkumpul dalam perut dan secara tak lansung beri kesan pada bentuk perut. Anda akan kerap mengeluarkan angin samada sendawa atau kentut sebagai pembuangan gas tersebut.
#3 Susu
Mereka yang mempunyai isu laktosa susu mudah untuk terkena perut kembung dan ketidakselesaan. Namun anda masih boleh mengambil susu dengan kadar yang secukupnya.
Apa pun lebih baik anda konsum air putih atau jus buahan dan sayuran sahaja, ianya sumber hidrasi paling bersih dan dapat menjaga penghadaman dengan aktif.