Penampilan baru penyanyi dan aktres seberang Agnes Monica atau kini lebih dikenali sebagai Agnez Mo kelihat lebih seksi dan liar.
Dahulu dia terkenal dengan sinteron seperti Ku T’lah Jatuh Cinta dan Jelita begitu lagu-lagu hit Matahariku serta Tak Ada Logika. Malah gaya rambut Agnez dalam sinetron Jelita menjadi kegilaan para gadis Malaysia ketika itu. Ingat lagi tak?
Wanita berusia 32 tahun ini telah pun melayakkan diri sebagai selebriti paling kaya di Indonesia dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$16 juta! Walaupun begitu, Agnez masih lagi aktif dan bergiat aktif dalam dunia nyanyian dan tarian. Tahun 2017 dia melebarkan sayap ke Amerika Syarikat bagi menghasilkan single dan album sebagai ingin meloporkan muzik antarabangsa.
Fokus Agnez kini lebih kepada muzik pop dan hip-hop dan of course fesyen juga seiring dengan itu. Melalui perkongsian di Instagram kelihatan Agnez banyak bermain dengan aksesori kepala seperti topi sebagai mengikut culture fesyen tersebut. Menariknya aksesori pilihan tampak biasa tapi harga dan jenama sangat luar biasa!
Ribuan ringgit hanya untuk topi hmmm….
#1 KTZ ‘Wheel of Fortune’ (RM1,000)
#2 Topi Off White (RM1,000)
#3 Balenciaga Baseball Hat (RM2,135)
#4 Cookie Lyon’s Beige Le Snob Canvas (RM3,600)
#5 Christian Dior Leather Hat (RM4,065)
Sememangnya gaya fesyen baru Agnez Mo ini lebih gah dan mengikut aura Hollywood. Ini kerana dia memakai khidmat jurugaya yang sama untuk Khloe Kardashian, Kendall Jenner, Chrissy Teigen dan Gigi Hadid. No wonder!