Menaiki kapal terbang adalah salah satu jalan perhubungan yang paling pantas untuk sampai ke destinasi. Didalam dunia ini terdapat beratus-ratus syarikat penerbangan menyediakan keselesaan dan jalan udara untuk anda terbang kemana sahaja.
Namun menaiki kapal terbang bukanlah seperti menaiki teksi atau bas. Sebuah kapal terbang kadangnya mampu membawa lebih dari 500 penumpang dan pelbagai muatan. Jadinya perkara sesak dengan penumpang dan keselesaan sepanjang penerbangan kadangnya tidak dapat dijamin.
Ianya bergantung kepada sikap budi pekerti anda dan penumpang lain untuk kebaikan bersama. Jadi jauhkanlah dari ingin bergurau sehingga menyebabkan panik diantara penumpang. Wanista senaraikan lima perkara untuk anda tutup mulut atau jauhkan diri dari berbual mengenai topik ini:
#1 Bom
Pernah terjadi di Indonesia, akibat berlaku salah faham tentang perkataan ‘bom’ ramai penumpang cuba keluar dari pesawat yang sedang bergerak. Baca: (Video) Tersalah Dengar ‘Bom’, Penumpang Lion Air Terjun Keluar Pesawat. Beberapa tahun yang lepas sudah banyak kes mengenai bom didalam pesawat. Tak perlu rasanya sedang elok dalam pesawat anda nak buka mulut cerita pasal bom.
#2 Pengganas
Kalau dilihat dalam filem barat banyak sekali mereka memasukkan elemen pengganas dan seperti pengganas dari orang Timur Tengah. Nasihat Wanista tidak semestinya orang Arab pengganas dan janganlah sesekali mengesyaki mereka. Sudah banyak terjadi salah-faham ketika penumpang asal Arab dipandang serong penumpang lain dan sehingga dihalau keluar dari menaiki pesawat.
#3 Penyakit Merebak
Mereka yang jatuh sakit dan kemudian ingin menaiki pesawat biasanya akan diminta untuk menangguh penerbangannya sehingga sihat. Lain pula yang pernah berlaku ketika penerbangan US Airways 845 dimana seorang penumpang menjerit yang mengaku dia baru pulang dari Afrika dan menghidap Ebola. Situasi tersebut buat satu pesawat kecoh dan ditangguhkan sementara waktu untuk pemeriksaan.
#4 Senjata
Pisau, payung atau apa-apa benda tajam pun anda dilarang membawa masuk kedalam kapal terbang apatah lagi untuk menyebut senjata api. Walaupun anda minat tentang pistol, senapang atau kereta kebal tunggu selamat mendarat baru berkongsi cerita ya..
#5 Pesawat Terhempas
Tolong..mulut jangan nak cabul sangat! Dilarang sama sekali untuk anda sengaja untuk menyebut ‘pesawat jatuh’ atas dasar gurauan atau sekadar bertanya. Perkara sebegitu boleh menyebabkan timbul rasa stress dan panik pada penumpang dan juga krew penerbangan.
Jagalah mulut anda, jangan bersikap mengambil remeh dalam semua perkara. Kalau ‘masin’ mulut baru tahu… Fikirkan keselesaan dan keselamatan penumpang lain juga.