Melihat kepada gaya berpakaian, bentuk fizikal dan cara percakapannya yang banyak menggunakan bahasa ‘lucah’, ramai meramal gadis ini sudah menjangkau usia 20-an namun hakikatnya, Danielle Bregoli atau lebih dikenali dengan nama panggilan pentas Bhad Bhabie ini baru sahaja 15 tahun!
Popularitinya mula menginjak bukanlah kerana bakat mahupun rupa wajah yang jelita, tetapi pada asalnya Daneille adalah gadis bermasalah yang pernah muncul dalam rancangan realiti televisyen popular Dr. Phil -membincangkan cara terbaik yang perlu dilakukan para ibu bapa untuk memulihkan kembali moral dan perilaku anak mereka sekitar 2016.
Teaser Dr. Phil Episod Danielle Bregolli
Segalanya Bermula Dengan Frasa “Cash Me Ouside How Bow Dah?”
Dalam episod pertamanya bersama Dr. Phil, Danielle ada mengeluarkan sebuah kenyataan yang disebut menggunakan dialek urban berbunyi “Cash me outside, how bow dah?” (Catch me outside, how about that?). Sejak itu, beliau mula dikenali sebagai “Cash Me Ousside Girl” dan bertindak menjadikan frasa itu sebagai tanda dagangan dirinya.
Saat “Cash me outside, how bow dah?” menjadi viral dalam kalangan masyarakat, Danielle tidak ketinggalan mengaut keuntungan dengan menjual barangan edisi khas berbentuk pelekat, baju-T, baju panas, beg tote dan beberapa cenderahati lain yang dihiasi frasa itu -sekaligus mendapat sambutan sebelum Danielle disunting penyayi Rap, DJ Suede, untuk merekod sebuah single remix berjudul “Cash Me Outside”.
Fakta Menarik Tentang Danielle Bregoli aka Bhad Bhabie
#1 Bermusuh Dengan Kylie Jenner & Mahu Rampas Tarvis Scott!
Danielle pernah memerli Kylie Jenner dalam muzik video “These Heaux”, menampilkan karakter seorang wanita yang membuat pembedahan plastik bahkan turut menyimpan hasrat memikat hati Travis Scott suatu hari nanti.
#2 Penuh Dengan Rekod Lampau Termasuk Mencuri, Lari Rumah & Bergaduh
Sebelum menyanyi, dia dikenali sebagai gadis jalang yang hanya tahu menyusahkan ibunya. Mengaku hampir setiap hari akan lari dari rumah, melakukan jenayah seperti mencuri dan menghisap ganja sebelum dihantar pulang oleh polis ke pangkuan ibunya.
#3 Berasal Dari Keluarga Pecah-Belah
Danielle tak pernah kenal bapanya secara rapat sejak kedua orang tuanya bercerai. Kini tinggal bersama ibunya, Barbara Ann.
#4 Suka Berkuku Panjang
Dalam satu temu bual, Danielle pernah menjelaskan bahawa dia merasakan dirinya bukan seperti dirinya bila berkuku pendek justeru, memilih untuk menghias jarinya dengan kuku panjang jenis akrilik setiap masa.
#5 Tandatangani Perjanji Berjuta Dollar
Kaya! Danielle kini berada di bawah naungan syarikat rakaman Atlantic Records yang bernilai jutaan dolar.
#6 Bapanya Seorang Polis Berjawatan Tinggi
Danielle dan ibunya sering dilihat bersama manakala bapanya seolah menyembunyikan diri kerana adalah seorang polis berjawatan tinggi dan tidak mahu melibatkan diri dalam sebarang masalah.
Tuah badan nampak di kaki, tuah badan siapa yang tahu kan? Walaupun Danielle merupakan seorang gadis yang kurang ajar pada awalnya, lihatlah siapa dirinya kini… ❤