Jangan keliru dengan Gigi Hadid tapi kali ini Wanista ingin perkenalkan anda dengan seseorang yang cukup terkenal di laman Youtube iaitu saban hari memuatnaik pelbagai kisah menarik disana. Gigi Gorgeous atau nama sebenar Giselle Loren Lazzarato yang berusia 26 tahun adalah dahulunya seorang budak lelaki normal tetapi dilahirkan semula sebagai wanita.
Well, ya dia transgender! Gigi kini hebat dalam dunia perniagaan mengaut segala keuntungan dari dunia popular, kecantikan dan fesyen. Sejak berani keluar sebagai wanita, beliau sering terlibat dalam pelbagai aktiviti berkaitan LGBT, hak kesamarata jantina dan anti-buli.
Mula muatnaik video kisah hidup beliau di Youtube, Gigi telah mendapat lebih dari 2.5 juta pengikut dan 2.3 juta pengikut di Instagram. Mari kita lihat, apa yang ada pada Gigi Gorgeous buat ramai menyukai ‘wanita’ ini?
#1 Berani menceritakan segala kisah pembedahan plastik yang dialami. Bermula dengan pengecilan halkum, terapi hormon lelaki kepada wanita, pembedahan struktur wajah dan hidung serta pembesaran buah dada.
#2 Pernah menyambung pelajaran dalam bidang fesyen namun lebih berminat meneruskan karier di Youtube.
#3 Model dan menjadi duta kepada jenama solekan Revlon.
#4 Tersenarai dalam nama-nama individu berpengaruh oleh majalah TIME pada 2017. Setanding Kim Kardashian, Rihanna dan Chrissy Teigen.
#5 Dari sumber berkaitan, kekayaan Gigi yang telah dikumpul sejak 2008 kini cecah hampir 2 juta dolar!
#6 Berkawan baik dengan Kylie Jenner dan pernah muncul dalam aplikasi ‘Kylie’ beberapa kali.
#7 Hampir ditahan pihak imigresen Dubai kerana tidak mengenalpasti beliau sebagai wanita.
#8 Hebat dalam sukan terjun air semasa disekolah dan pernah memenangi pertandingan peringkat kebangsaan di Kanada.
#9 Sudah bertunang dengan kekasih hati, Nats Getty iaitu pewaris keluarga Getty dan juga wanita bertukar kepada lelaki.
Apa pendapat anda tentang Gigi Gorgeous? Kecantikan dan kejayaan beliau mengalahkan wanita-wanita sejati diluar sana.