Oh No!!!
Khabarnya, aktor Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock sah tidak akan tampil dalam filem Fast and Furious 9.
Perkara itu disahkan sendiri pelakon berusia 45 tahun itu dalam temu bualnya bersama Rolling Stone. Menurut Johnson sekalipun tidak terlibat dalam Fast and Furious 9 ini tidak bermakna dia meninggalkan produksi filem aksi itu.
Konflik Johnson dengan keluarga Furious bermula ketika penggambaran The Fate of the Furious. Ia berpunca tindakan bekas penggusti WWE itu mengkritik salah seorang pelakon lelaki utama filem itu sebagai tidak profesional.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai yang tahu kekecewaan Johnson itu ditujukan kepada Vin Diesel yang dikatakan sering lambat ke lokasi menyebabkan penggambaran tertangguh.
Khabarnya bukan sebab itu sahaja, seorang lagi pelakon filem itu Tyrese Gibson berang apabila mendapat tahu The Rock telah menghantar kertas cadangan untuk menerbitkan filem spin-off filem itu yang mengakibatkan Fast and Furious 9 tertangguh.
Aduhai banyak sangat drama… LOL