Sebagai seorang selebriti, mereka pastinya perlu menjaga menampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki kerana ia akan mencorak pandangan umum tentang diri mereka kelak.
Namun hari-hari biasa andai diri tidak menjadi tumpuan lensa kamera, apakah mereka tetap akan bersolek dan mempedulikan penampilan diri? Tidak sama sekali.
Pokoknya, sepopular mana pun seseorang selebriti itu, mereka tetap orang biasa seperti kita yang mementingkan keselesan. Wajah dibiarkan suci dariapda olesan mekap agar kulit bisa bernafas dan kekal sihat manakala rambut dibiarkan lepas untuk gaya santai. Bukan itu sahaja, gaya fesyen juga tidak begitu glamor membuatkan kita berasa kagum melihat mereka yang turut selesa dan tidak kisah untuk berpakaian biasa-biasa.
Lihat sahajalah kaki mereka, selamba menyarung selipar tanpa mempeduli kritikan orang lain. Ini Wanista tampilkan lima selebriti popular yang gemar memakai selipar.
#1 Vanessa Hudgens
Jika anda setia mengikuti perkembangan bintang “High School Musical” yang merupakan bekas teman wanita Zac Efron ini, anda pasti jelas tentang gaya fesyen kegemarannya. Vanessa umumnya lebih selesa memakai pakaian santai yang kasual dan bersahaja. Bahkan, ia bisa dilihat menerusi pengayaan sepatunya.
Biarpun ligat membawa tas tangan jenama Balenciaga, sandal atau selipar bertali sebegitu tetap menjadi pilihan hatinya untuk digayakan sebagai sepatu santai harian.
#2 Gigi Hadid
Sudah penat dan jemu menggayakan pelbagai jenama tumit tinggi di pentas peragaan, tiba masanya untuk memberi sedikit ruang kepada kakinya berehat pada hari tidak bertugas.
Gigi dilihat mengenakan sepasang sandal rendah rona kelabu metalik biarpun secara keseluruhannya beliau dilihat mempersona dalam persalinan dress paras lutut dan tas tangan berstuktur.
#3 Uma Thurman
Siapa tak kenal dengan aktres Amerika, Uma Thurman, yang popular dengan watak “Poison Ivy” dalam filem “Batman & Robin” sekitar 1997 dahulu.
Tetap kelihatan seksi dalam selipar sarung yang ringkas, Uma telah membuktikan bahawa dialah calon terbaik untuk menjadi wajah jenama selipar terkemuka, Fitflop bagi musim Bunga/Panas 2018 ini!
#4 Sophia Richie
Biar dihembus dengan pelbagai gosip percintaan, adik kepada selebriti Nicole Richie ini bijak menggunakan kepakarannya dalam bidang fesyen untuk menarik perhatian.
Mementingkan keselesaan dalam stail, selipar sarung jenama Fenty PUMA yang dihiasi bebulu ini buat gaya santainya terus namapak glamor!
#5 Leighton Meester
Sering menggayakan pakaian-pakaian gah dan berjenama dalam drama bersiri “Gossip Girl”, di luar rupanya Leighton adalah seorang gadis yang sempoi berselipar.
Dari riak wajahnya sahaja kita dapat meneka bahawa Leighton ini adalah seorang yang tak ambil kisah tentang cakap-cakap orang kan?
#6 Taylor Swift
Sudah terang lagi bersuluh, Taylor ini adalah antara bintang Hollywood wanita yang memiliki ketinggian ekstrem mencecah 178cm!
Sudah pastinya pada hari-hari biasa ketika tidak bertugas, beliau akan memilih selipar dan sandal sebegini untuk melengkapkan penampilan hariannya.
On-Trend!
Penulis berkenan betul dengan sandal Uberknit dari Fitflop ni. Ia merupakan rekaan selipar yang menggabungan sinergi santai dan sporty seiring trend! Merah jambu pula adalah antara warna paling popular untuk tahun ini jadi apa kata korang cari selipar begini sebagai pelengkap gaya yang meriah!
Selamat mencuba! ❤