Banyak pengguna Snapchat sekarang perlahan-lahan deactive akaun mereka.
Mungkin selepas ini Rihanna?
Kecoh dengan ikan yang permainan ‘Would You Rather’ untuk memilih menampar Rihanna atau menumbuk Chris Brown. Iklan sebegini telah memberi pelbagai reaksi pengguna lebih-lebih lagi peminat Rihanna. Bukan sahaja pengguna Snapchat yang merasa bengang, malah Rihanna juga tidak tunggu lama untuk membidas aplikasi itu.
Tidak tunggu lama, ratu pop itu memuatnaik kenyataan di Insta Story dengan menyakinkan iklan tersebut baginya suatu yang menjijikan dan seolah-olah tidak menghormati mangsa-mangsa penderaan.
Bagi Rihanna, Snapchat tidak sensitif dengan perkara yang berlaku di sekeliling dan beliau tidak akan menerima pemaafan dari Snapchat!
Tak faham apa motif Snapchat berbuat begitu, Rihanna juga mangsa penderaan terhadap bekas kekasihnya, Chris Brown pada 2009. Seriuslah, benda macam ini boleh buat lawak berbentuk permainan?