Sebuah foto yang dirakam menampilkan seekor gorila bersama manusia ini nampaknya memberi 1001 makna kepada sesiapa yang melihatnya sehingga ia diangkat sebagai juara bagi kategori Wildlife Photographer of the Year menerusi People’s Choice Award.
Lebih 50,000 penyertaan dihantar, mempamerkan pelbagai foto haiwan liar yang dirakam secara profesional oleh jurugambar ternama namun foto Gorila bersama seorang penyelamat ini paling auntentik sekaligus menyentuh hati ramai.
Ia dirakam oleh jurugambar yang berasal dari Kanada bernama Jo-Anne McArthur, foto tersebut telah disenarai pendek oleh Natural History Museum dan termasuk dalam 24 foto terbaik.
Foto yang menampilkan bayi gorila bersama penyelamatnya itu akan dipamerkan sewaktu berlangsungnya pameran Wildlife Photographer of the Year di Natural History Museum London sehingga 28 Mei nanti.
Untuk pengetahuan semua, pertandingan Wildlife Photographer of the Year adalah kejohanan tahunan yang dianjurkan sendiri pihak muzium bagi membuka platform global kepada para jurugambar hidupan liar serta bidang kewartawanan fotografi terus menyinar.
Antara foto hidupan liar menarik lain yang disenarai pendek adalah:-