Adakah kisah cinta Putera Harry dan Meghan Markle sangat epik sehingga bakal dijadikan adaptasi filem?
Nampaknya begitulah jika tercetus sebuah hubungan dari kerabat tertinggi diraja British bersama rakyat biasa asal Amerika Syarikat.
Siaran televisyen Lifetime akan menyajikan sebuah filem berkisarkan kisah sebenar diantara Putera Harry dan tunangannya. Harry & Meghan: A Royal Romance – diambil dari rententan percintaan sembunyi-sembunyi mereka sehinggalah ke pengumuman hari pertunangan.
Dua pelakon yang menggalas watak sebagai dua individu berpengaruh ini ialah Parisa Fitz-Henley dan Murray Fraser. Mereka dipilih sendiri oleh produksi Lifetime dan menariknya wajah pelakon Parisa Fitz-Henley saling tak tumpah dengan Meghan! Si kacak Murray Fraser pelakon asal British ini pula berperanan penting dalam memegang karakter Putera Harry.
Filem ini juga akan merungkai bagaimana pasangan ini berkenalan dan seterusnya berjaya mengharungi perhatian media global yang mendesak. Malah kisah disebalik kehidupan seorang aktress Amerika, Meghan yang bercerai juga bakal diceritakan.
BACA: Siapa Meghan Markle? Jom Kenali Tunangan Putera Harry Ini
Harry & Meghan: A Royal Romance berkemungkinan bersiaran pada hari perkahwinan mereka berdua iaitu 19 Mei di Lifetime.