Sebelum ini kecoh dengan rawatan pemutihan zakar di Bangkok, Thailand. Rata-rata orang Bangkok memang sukakan rawatan tersebut dan sebuah klinik disana berjaya menarik lebih dari 100 orang pelanggan.
Jika di Thailand khas untuk lelaki, di negara Filipina pula heboh dengan rawatan pemutihan kawasan vagina khas untuk wanita.
BACA: Yang Putih Yang Orang Nak! Khidmat ‘Pemutihan’ Zakar Kegilaan Terbaru di Bangkok
Prosedur tersebut diperkenalkan oleh sebuah klinik The Belo Medical Group dengan nama rawatan dipanggil ‘Angel Whitening’.
Rawatan tersebut menggunakan laser dan mengambil masa selama hanya 30 minit. Ia bukan sahaja memutihkan kawasan vagina, malah boleh mengembalikan keanjalan, membersih dan melembutkan kawasan kulit sekitar itu. Selain itu ia juga mampu merawat masalah kegatalan dan kekeringan.
Hebat bukan?
Menurut dari Doktor Victoria Belo iaitu pengasas klinik ini, wanita berusia 20 tahun hingga 60 tahun kerap datang ke klinik untuk menerima rawatan. Doktor Belo berpendapat dibahagian bawah juga memerlukan rawatan kecantikan sama seperti wajah.
Kos rawatan pemutihan dan kecantikan vagina ini berharga 50,000 Peso Filipina iaitu bersamaan RM3,817.52.