Keinginan rakyat Malaysia untuk merasa cuaca sejuk bawah 25 darjah celsius jadi kenyataan, setelah minggu lalu hujan turun dan cuaca mendung berlaku di beberapa bandar utama. Suhu di Kuala Pilah mencatatkan 21 darjah celcius bayangkan!
Rata-rata pengguna media sosial sedikit jakun dengan memuatnaik status seolah-oleh mereka berada di sebuah negara sejuk. Tak perlu ke pusat peranginan cukup sahaja di rumah anda dah boleh menikmati baju sejuk dan selimut tebal. Begitu juga apabila memilih destinasi percutian, ramai yang mahu memilih ke tempat-tempat yang mempunyai suhu rendah. Bukan apa, baru selesa hendak berjalan.
Tapi untuk ke negara musim sejuk wajib mempunyai bajet yang besar, bukan hanya untuk menanggung kos perjalanan malah untuk kos kelengkapan pakaian sejuk. Baju sejuk untuk ke negara salji bukan murah-murah itu pun belum termasuk dengan kasut, topi, pemanas badan dan sebagainya.
Buat anda yang ingin merangka percutian unik tahun ini, Wanista dedahkan destinasi luar negara yang sejuk tapi tanpa salji. Bosan juga ya asyik ke Cameron Highland, apa kata cari vibe di luar negara!
#1 Guangzhou, China
Dikenali bandar industri China, jika anda kesini anda boleh memborong banyak barangan keperluan dengan murah. Paling seronok bila shopping dalam cuaca yang selesa sekitar 21 hingga 28 darjah celcius. Tak lupa juga bandar Guangzhou banyak sejarah Islam yang ditinggalkan.
#2 Hanoi, Vietnam
Bandar bersejarah ini Wanista pernah senaraikan sebagai 5 Destinasi Bulan Madu Luar Negara Dengan Bajet Rendah. Campuran aura tradisional dan moden dalam bandar ini buat anda rasa tersesat dalam masa. Waktu terbaik untuk anda ke Hanoi pada bulan Disember hingga Februari kerana sekitar itu suhu rendah dalam 16 hingga 20 darjah celcius.
#3 Cipanas, Indonesia
Tak pernah dengar? Bandar ini terletak di Jawa Barat pinggir Gunung Gede popular dengan kolam air panas, nama Cipalas diambil dari ‘air panas’ dalam bahasa Sunda. Suhu rendah 20 darjah celcius menjadikan bandar kecil menjadi tumpuan untuk lari dari kepanasan matahari. Cipalas juga antara pusat peranginan pilihan bekas presiden Indonesia terdahulu, Presiden Soekarno.
#4 Baguio, Filipina
Lupakan kepanasan pantai Borocay, cuba teroka pula bandar sejuk dan penuh kesenian Baguio. Bandar yang terletak di kaki gunung, 5000 kaki dari paras laut memberi suhu sejuk sehingga 15 darjah celcius. Siapa yang sukakan destinasi kaya dengan alam semulajadi wajib ke Baguio. Jangan terkejut di bandar mempunyai masjid iaitu Masjid Al-Maarif, jadi tak perlu risau bila kesini.
#5 Da Lat, Vietnam
Dahulunya Da Lat tempat percutian khas bagi penjajah Perancis. Kini orang tempatan dan luar boleh menikmati pandangan indah jujukan bunga dan menikmati udara segar. Disini anda boleh merasai seolah berada di negara Perancis dengan tinggalan bangunan kolonial. Sejuk ke? 18 darjah celcius kot!
Jadi, nak kemana selepas ini?