Masalah datang haid terlalu cepat atau lambat sentiasa merunsingkan dan kadangkala ia secara tidak langsung menakutkan.
Sebenarnya banyak sebab munasabah kenapa haid datang dalam keadaan waktu yang tidak teratur. Sebelum anda panik, ketahui lah cuaca juga boleh memberi kesan kepada aturan ovulasi anda. Walaupun ia kedengaran tidak masuk akal, tapi ia mempunyai kaitan tentang cara gaya hidup apabila kita semua mengalami perubahan cuaca.
Ada kajian mengatakan, aktiviti ovulasi lebih aktif pada hari panas berbanding hari sejuk. Logiknya, kita lebih banyak bergerak dan kekal aktif pada cuaca yang baik (panas) berbanding pada hari sejuk dimana hujan, mendung atau salji. Masalah kekejangan juga berlaku akibat dari sikap tidak aktif dan lebih suka berbaring.
Wanita yang kerap bersenam tidak tercenderung mengalami kesakitan akibat dari PMS.
Walaubagaimanapun, cuaca panas turut membahayakan kesihatan vagina. Dimana jangkitan pada kawasan vagina mudah berlaku. Pengeluaran keputihan dan peluh yang banyak menyebabkan bakteria lebih mudah membiak. Jadi pastikan anda membersihkan kawasan intim lebih kerap dan berjaga-jaga.
Gaya hidup dan tekanan hidup elemen utama perubahan haid, faktor cuaca hanyalah memberi kesan sampingan dalam bagaimana kita menguruskan aktiviti harian. Ingat, apa yang kita lakukan beri refkles pada kesihatan hormon.