Setiap hari ada sahaja trend kecantikan Korea nak dibicarakan, rasanya ia tak pernah habis. Dengan teknik penjagaan untuk mendapatkan glass skin, cara Bae Suzy mencuci muka menggunakan kaedah 4-2-4, Song Joong Ki yang mengamalkan susu serta banyak lagi cara bintang Korea Selatan menjaga penampilan.
Bukan yang perempuan sahaja, yang lelaki pun kulit putih bersih. Apakah…
Setiap ahli kumpulan BTS mempunyai kulit wajah yang bersih dan cantik yang tidak dapat dinafikan. Dan kita mungkin tertanya, produk apa yang mereka gunakan.
Terima kasih kepada kolaborasi dengan jenama penjagaan kulit K-beauty Mediheal. Jadi, tidak lama lagi anda boleh membeli topeng muka BTS dan anda semakin dekat untuk miliki kulit yang flawless dan glowing seperti RM, V, Suga, Jin, J-Hope, Jimin dan Jungkook.
https://www.instagram.com/p/BcbParMBCOw/?taken-by=mediheal_official
Sebenarnya, sebelum kolaborasi berlaku lagi, Suga dan J-Hope ada berkongsi rahsia mereka menggunakan sheet mask Mediheal dalam satu aplikasi video, Vlive, pada mereka sheet mask ini bagus untuk melembapkan kulit selepas seharian memakai mekap yang tebal.
RM juga berkongsi salah satu rutin penjagaan kulitnya, adalah dengan mengamalkan sheet mask.
“Jenama kegemaran saya adalah Mediheal, dan ia mempunyai pelbagai jenis topeng bersesuaian dengan masalah kulit,” jelasnya.
Selepas ini, anda boleh mendapatkan kulit seperti BTS untuk diri sendiri.