Kris Wu dan Burberry perkenal lagi koleksi terbaharu dari air tangan kolaborasi mereka. 19 helaian koleksi yang eksklusif ini direka dan dihasilkan oleh Kris Wu dan Christopher Bailey ini bakal dilancarkan pada 16 Disember 2017. Ianya koleksi penuh termasuklah pakaian harian, trench coat dengan cetakan tatu peribadi dan sulaman lirik-lirik lagu pada beg The Rucksack.
Koleksi ikonik ini tampil untuk menghargai dunia muzik, seni lakonan dan fesyen dalam pada satu masa yang sama. Menurut Christopher, bekerjasama dengan Kris Wu memberi banyak aspirasi dalam menghasilkan kolaborasi yang kreatif dan unik.
Kris Wu telah diangkat menjadi duta Burberry sejak Oktober 2016 lagi. Mengenai koleksi terbaharu ini ia lebih mendekatkan peminat dengan sifat peribadi Kris.
- Baju panas bermotifkan grafik, seluar panas, hoodies cetakan dan sulaman dari lirik-lirik lagu serta tatu milik Kris Wu.
- Jaket kulit dengan sedikit bingkisan dari tartan Modern Stewart Royal. Trench coat ringan, kalis air dan direka lebih rileks.
- T-shirt vintaj kapas yang diinspirasi dari gaya tersendiri Kris.
- Pelbagai aksesori seperti topi baseball kulit dan beg rucksack.
Ikuti lagi perkembangan Kris Wu di akaun Instagram miliknya, https://www.instagram.com/kriswu/.