BESTSELLER, syarikat fesyen terkemuka dari Denmark baru-baru ini menganjurkan acara pra-tonton bagi koleksi musim Luruh/Sejuk 2017 dan musim Bunga/Panas 2018 buat para pengamal media di Malaysia.
Antara jenama terkemuka Eropah yang terlibat adalah termasuk Jack & Jones, Vero Moda dan ONLY.
Bukan itu sahaja, BESTSELLER juga mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan tulang belakang syarikatnya serta berkongsi serba sedikit tentang rekaan terkini edarannya yang akan dipasarkan di Malaysia.
Kini, beberapa jenama terpilih yang berada di bawah naungannya akan ditawarkan pada peminat fesyen serta para fashionista di Malaysia menerusi gedung flagship yang baru sahaja dilancarkan di tempat tumpuan orang ramai, Suria KLCC.
Mula dibangunkan di Copenhagen pada tahun 1975, BESTSELLER kini melihat peluang yang besar untuk syarikatnya dibangun dan dimajukan di Malaysia sebagai daerah Asia Tenggara pertama yang menawarkan seleksi jenama fesyen edarannya.
Dalam masa terdekat, BESTSELLER juga merancang untuk mengembangkan perniagaannya menerusi platform e-dagang. Mereka menjanjikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan buat para pengguna hari ini sekaligus menawarkan pilihan alternatif yang pastinya memudahkan pelanggan yang mahu membeli tanpa perlu mengorbankan masa dan tenaga untuk ke butik dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [about.bestseller.com]