Biasa kita hanya kenal kelompok Kardashian-Jenner ini hanya diantara adik beradik mereka terdekat sahaja. Tanpa disedari rupanya keluarga besar ini mempunyai seorang sepupu yang sangat cantik dan juga seorang model seperti Kendall Jenner.
Natalie Zettel merupakan anak kepada adik perempuan Kris Jenner. Natalie dan ibunya, Karen Houghton memilih hidup secara low profile dan tidak pernah muncul dalam mana-mana siri televisyen.
Baru sahaja berusia 18 tahun, bakat dan kecantikan semulajadi beliau sangat terserlah. Walaupun tidak mahu popular seperti sepupunya yang lain, Natalie tetap menyokong perniagaan keluarga dengan menjadi model dalam koleksi pakaian mandi Kendall dan Kylie.
Setelah tamat sekolah tinggi tahun lalu, Natalie kini sibuk mempergiat dalam usaha menjadi seorang model dan menetap di California adalah bonus buatnya.
Tak sangka Kardshian-Jenner punya sepupu yang sangat cantik dan paling penting semulajadi cantiknya!