Jika anda pengikut pesta Halloween, pasti anda teruja melihat kostum yang menjadi pilihan para selebriti Hollywood, ada yang tangkap muat, tidak terkecuali bertungkus lumus mencari kostum terbaik dan ada yang out of the box sehingga kita sendiri turut kagum melihatnya.
Beri satu nama selebriti yang senantiasa memberikan yang terbaik setiap kali Halloween? Heidi Klum!
“Di rumah saya, Halloween berlangsung sepanjang tahun,” jelas Heidi Klum.
Wanita kelahiran Jerman ini memang terkenal dengan pakaian Halloween yang ikonik dan memukau orang ramai, setiap tahun lebih menarik dari tahun yang lepas.
Bukan sahaja persalinannya dramatik, Heidi juga seorang yang suka berahsia dengan apa yang beliau akan pakai setiap 31 Oktober. Memandangkan tiada yang tahu akan apa yang dipakainya pada tahun ini, Wanista imbas kembali gaya ikonik paling meletop dan memukau Heidi Klum.
Tahun 2015, Heidi Klum sebagai Jessica Rabbit.
My favourite! Heidi memilih menjadi nenek tua yang glamor pada tahun 2013. Lihat mekap untuk urat, nampak real sungguh.
Tahun 2011, Heidi seakan berbogel menjadi orang mati.
2008, Heidi Klum mencipta kontroversi kerana menjadi tuhan Kali untuk agama Hindu.
Tahun 2012, Heidi sebagai si jelita Cleopatra.
Macam mana nak bergerak dah kalau pakai sebegini? Heidi memilih untuk menjadi robot pada tahun 2010.
Nampak seperti monyet sebenar tak? Ini persalinan kedua untuk tahun 2011 sahaja.
Heidi menjadi epal untuk Halloween tahun 2006. Dan nak tahu tak, ketika ini Heidi sedang sarat mengandung. Hebatkan?
Untuk tahun 2014, Heidi memilih menjadi rama-rama.
Tengok kostum ini rasa sakit semacam je. Antara kostum di awal-awal dulu, ketika ini tahun 2003.
Tidak terkecuali, Heidi sebagai Betty Boop untuk tahun 2002. Cute kan?
Yang mana anda paling suka?