Dunia hari ini membuka peluang kepada semua wanita untuk memiliki apa yang mereka kehendaki.
Berfesyen umumnya, adalah cara para wanita mengekspresikan diri mereka dan dalam masa yang sama berkongsi inpirasi dengan golongan wanita lain. Namun, ramai di antara kita salah faham kerana menganggap berfesyen itu hanya perlu memperagakan barang “branded” semata-mata walhal dengan barang murah pun kita sudah boleh bergaya sakan… asalkan, kena pada caranya.
Jom lihat lima beg inspirasi pilihan penulis yang korang kena miliki sekarang! Rekaan lebih kurang sama, yang penting harganya jauh lebih murah.
#1 Gucci (RM6k) VS Nose (RM229)
#2 MiuMiu (RM9k) VS Aldo (RM360)
#3 Anya Hindmarch (RM2k) VS Something Borrowed (RM99)
#4 Pierre Hardy (RM12k) VS River Island (RM209)
#5 Fendi (RM10k) VS Velvet (RM89)
Ha, boleh tahan cantik juga walaupun semua beg tangan ni hanyalah “inspired handbag” kan?
Tak kisahlah berjenama ke, tak berjenama ke… asalkan cantik, korang mesti akan nampak cun punyalah bila pakai!
Well, yang mana favourite korang… ❤️