REBOUND…
Bila si dia yang anda harap sekadar mahu melepaskan sakit cinta kekasih lama, yang sakit sebenarnya siapa??
Mungkin ia dirasakan tidak adil bagi kebanyakan orang tetapi fasa di dalam sesuatu perhubungan yang dipanggil rebound ini boleh dikatakan salah satu cara yang terbaik untuk sesetengah individu yang ingin melupakan hati yang terluka akibat perpisahan dengan bekas kekasih.
Namun begitu, wajarkah hati orang baru di dalam hidup mereka itu dipermainkan hanya untuk mengubati luka sendiri? Agak kejam bukan?
Jadi, bagaimana nak tahu jika anda terjebak dalam perhubungan sebegini? Mungkin ini boleh membantu…
1. Masih enggan membuang gambarnya daripada telefon dan menatapnya setiap hari.
2. Menjadikan kekasih baru sebagai alat untuk membuat bekas kekasih cemburu.
3. Kerap membandingkan pasangan dengan bekas kekasih.
4. Mula menjalinkan hubungan dengan pasangan baru hanya selepas seminggu berpisah dengan bekas kekasih.
5. Mudah melafazkan kata cinta kepadanya padahal diri sendiri tidak pasti.
6. Masih stalk Facebook, Twitter dan Instagram bekas kekasih setiap hari tanpa rasa jemu.
7. Pasangan baru adalah seorang yang hebat tetapi salah seorang masih tidak berasa gembira.
8. Keluar temu janji bersama pasangan baru tetapi bekas kekasih masih berada di dalam fikiran.
Sekiranya anda merasakan perhubungan baru ini adalah rebound, kami nasihatkan anda putuskan perhubungan tersebut kerana ia hanya akan menyakitkan hati. Tapi kalau anda tidak kisah, tak apalah mungkin itu jodoh… LOL
Senyum Selalu!