Acara larian warna-warni The Color Run yang dibawakan oleh Bank CIMB kembali lagi setelah membuat kemunculan pertama pada 2014. Seramai 13,000 pelari terlibat dalam larian ceria sepanjang 5 kilometer di Padang Merbok, Kuala Lumpur. The Color Run menganjurkan sebuah acara untuk gaya hidup sihat, gembira kepada komuniti dalam satu hari.
Kombinasi warna-warni sepanjang larian yang bermula seawal 7 pagi tidak tamat begitu sahaja. Ia kemudian disambung dengan pelbagai acara muzik dan menghiburkan. Pengunjung juga berpeluang meneroka booth menarik dengan info berguna dan permainan khas untuk seisi keluarga di Padang Merbok.
Kumpulan CIMB bukan sahaja menganjur The Color Run di Kuala Lumpur malah di Jakarta dan Singapura tahun ini. The Color Run juga ditaja oleh Ramsay Sime Darby Healthcare, The Face Shop dan E-Curve.
Maklumat lanjut mengenai The Color Run Malaysia layari www.facebook.com/TheColorRunMalaysia dan @thecolorrunmy di Instagram atau ikuti melalui #TheColorRunCIMB, #ColorRunMy, #Happiest5K dan #Tropicolor.