Anda menyukai mereka kerana keserasian yang ditonjolkan dalam drama ‘Weightlifting Kim Bok Joo’, dan semalam agensi Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk, YG Entertainment mengesahkan berita bahawa pasangan comel ini sememangnya bercinta!
Ini kenyataan rasmi;
“Selepas bertanya dengan Lee Sung Kyung dan Nam Joo Hyuk, mereka mengesahkan bahawa mereka sudah mulai rapat sejak bergiat dalam bidang modelling lagi, cuma baru-baru ini timbul bibit-bibit cinta antara satu sama lain.”
Pasangan ini mempunyai jurang umur empat tahun, Lee Sung Kyung dilahirkan pada tahun 1990 manakala Nam Joo Hyuk dilahirkan pada tahun 1994. Bahkan, mereka berdua adalah rakan label di bawah YG Entertainment.
Apapun tahniah diucapkan kepada pasangan ‘noona-dongseng’ ini!