Bayu angin segar musim bunga bakal menemui anda semua begitu juga dengan koleksi pakaian Uniqlo dengan melancarkan HANA TAJIMA FOR UNIQLO Spring Summer 2017 Collection pada 10 Mac akan datang. Setelah mendapat perhatian pada kemunculan tahun lepas dan 2015 di Asia Tenggara, koleksi untuk 2o17 ini membawakan gaya tema “Bringing Abstract to Life”. Kesemua 30 koleksi ini mempunyai sehingga 81 warna dan corak pilihan bakal berada di semua butik UNIQLO seluruh negara dan butik dalam talian uniqlo.com.
Diinspirasikan dari hubungan pergerakan dan bentuk, HANA TAJIMA FOR UNIQLO Spring/Summer 2017 terus membawa gaya UNIQLO dalam mengekalkan konsep LifeWear, dimana mengetengahkan keselesaan dan minimal kontemporari dalam pakaian harian.
Setiap dari koleksi baharu ini memperkenalkan rekaan terbaru bercirikan elemen seperti ‘flared silhouette’ dan bentuk tiga dimensi serta tekstur fabrik yang lembut dan ringan. Setiap pakaian diberi perhatian pada ciri halus yang ingin ditonjolkan. Seleksi koleksi ini antaranya wrap tunics, flared long dresses dan tapered ankle pants.
Dapatkan koleksi eksklusif ini pada 10 Mac 2017 diseluruh butik Uniqlo atau uniqlo.com.