Menurut tradisi Cina, burung phoenix atau ‘feng huang’ merupakan simbol musim panas serta pembangunan kerohanian yang seimbang. Kemunculan burung abadi ini menandakan ketibaan zaman gemilang yang bahagia, aman damai dan makmur. Sebagai simbol api, ia bangkit daripada abu, membayangkan semangat yang tidak putus asa.
Untuk memperingati burung ikonik budaya Cina ini, Royal Selangor berkolaborasi dengan Luili Living, sebuah jenama studio kaca seni Liuligofang yang tersohor di Taiwan untuk menghasilkan gubahan kaca Koleksi Phoenix yang menggambarkan burung hebat perkasa ini bersemayam di atas gunung-ganang.
Kecantikan ‘feng huang’ dipaparkan melalui dua edisi kaca-puiter yang unik. Edisi pertama menggambarkan phoenix yang terperinci, daripada butiran teliti pada sayap dan ekor seta bulu jambul kepala ‘feng huang’ dalam bentuk sebuah arca piuter berwarna kuning jingga. Edisi kedua pula menggandingkan phoenix kaca seni berwarna terang menyala dengan warna-warna dingin puncak piuter.
Hanya 100 buah dihasilkan dari setiap edisi, gubahan seni kaca ini mengunakan teknik pate de verre yang diperkenalkan pada 2,000 tahun lalu semasa pemerintahan Dinasti Han. Hasil rekaan Liuligofang boleh didapati di muzium-muzium antarabangsa terkenal seperti Muzium V&A, United Kingdom.
Koleksi Phoenix terdapat di butik jualan Royal Selangor atau royalselangor.com.