Selepas lebih 34 tahun sejak dilancarkan, Air Force 1, sepatu ikonik yang begitu sinonim dengan sukan bola keranjang ini adalah lambang status lagenda budaya fesyen jalanan.
Air Force 1 boleh dikatakan sebagai rekaan sepatu oleh jenama Nike yang cukup dikenali ramai. Sebagai asas rekaan untuk keluarannya yang baru ini pula, Nike menampilkan rekaan yang lebih maju tetapi dalam masa yang sama masih lagi mengekalkan identiti klasik pengenalan kasut ikonik berkenaan.
Untuk membawa kasut ini ketahap yang lebih kehadapan, pereka dalaman Nike sendiri cuba menggabungkan sifat rekaan original bersama material mampu bernafas lightweight Flyknit yang ringan serta ekslkusif.
Bagi menerapkan penggunaan material Flyknit ini, pasukan pereka Nike telah berkolaborasi bersama jurutera khas bagi menyusun semula struktur kasut agar kualiti, rekaan asli serta daya ketahanan Nike Air Force dapat dikekalkan secara keseluruhan mengikut reka bentuk asli walaupun telah dibaik-pulih dengan teknologi Flyknit moden.
Teknologi Flyknit berkenaan adalah ajaib kerana ia membolehkan para pereka menggunakan ilmu kejuruteraan-mikro untuk menjadikan setiap satu helaian jahitan serat benang fabrik istimewa itu dilakukan dengan berhati-hati agar bisa menghasilkan sepatu yang benar-benar ringan, lantas menyumbangkan keselesaan optimum kepada si pemakai.
Ia bukan hanya merupakan sepatu Air Force 1 paling ringan yang Nike pernah hasilkan, iaitu separuh daripada berat Nike Air Force 1 yang asli, malah ianya juga adalah kasut Flyknit pertama yang dihiasi logo sisi “swoosh” dibuat daripada kulit.
Terdapat dalam pilihan rona “multicolor” kegemaran ramai dan “University Red” untuk Nike Sportswear, manakala “Classic All-White” untuk NikeLab. Air Force 1 Ultra Flyknit boleh didapati di laman Nike.com dan dari semua pengedar Nike yang sah seluruh negara bermula 28 Januari 2016.
Untuk maklumat lanjut, sila layari news.nike.com.