Benarlah kata orang, musim perayaan boleh mengeratkan silaturahim yang keruh menjadi jernih semula.
Bekas duo rancangan realiti sahabat baik Paris Hilton dan Kim Kardashian jika dahulu dikhabarkan bermusuh kini kelihatan bermesra dan bergambar semasa parti Krismas yang dianjurkan oleh Kris Jenner pada Sabtu lalu.
Ini adalah pertemuan kali pertama selepas tahun 2014 mereka berjumpa pada parti ulang tahun kelahiran Riccardo Tisci di Ibiza.
Akaun Instagram milik Paris Hilton dilihat memuat naik gambar sepanjang parti tersebut. Beliau juga turut memuat naik bersama adik-beradik Kardashian yang lain.
Walaupun mereka mungkin tidak lagi seakrab seperti dahulu, tapi masih tersenyum gembira dalam menyambut Hari Krismas.