Sambut Hari Natal penuh keajaiban dengan ciptaan baharu dari Lacoste. Jenama Lacoste amat sinonim dengan inovasinya dalam mendampingi industri pembutaan pakaian sukan Tenis termasuklah rekaan elegen dan berfungsi kemeja polo L.12.12.
Jelas bahawasanya Lacoste tidak pernah gagal dalam menampilkan hasil ciptaan baharu sehingga ia mendapat tempat di hati para pencinta fesyen.
Diinspirasi dari logo ikonik yang bermotif buaya rona hijau yang sering menghiasi helaian fesyen dari jenama Lacoste, dengan harapan, koleksi wangian musim cuti ini akan memberi seribu satu erti yang lebih ajaib dan bermakna kepada si pemakainya. Selain dibeli untuk memenuhi koleksi persendirian, ia juga boleh dijadikan bingkisan istimewa yang ringkas buat tersayang bersempena Krismas 2016.
UNTUK LELAKI
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Lui: Blanc
Diserikan dengan rembesan bau bersih, nota bauan yang berbau floral kayu-kayuan ini disunting dari tumbuhan bunga kuning jenis cardamom tuberose.
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Lui: Jaune
Diserlahkan dengan bauan buah-buahan seperti limau gedang serta kesegaran aroma pohon cemara. Semerbak menyemarakkan lagi sambutan Krismas tahun ini.
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Lui: Noir
Kaya dengan nota bauan yang menenangkan seolah si pemakai sedang bersantai di hadapan unggun api bagi meraikan sambutan istimewa tersebut. Terdiri dari kayu-kayuan oromatik daun selasih, tembikai serta coklat gelap.
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Lui: Rouge
Sangat relaks dan mempersona. Wangian yang ini diinspirasi dari aroma pedas rempah-ratus termasuklah lada hitam, halia dan kayu-kayuan seperti ramuan yang sering digunakan untuk membuat biskut Krismas!
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Lui: Bleu
Aroma segar aqua seperti deru angin yang menyapu pasir pantai.
UNTUK WANITA
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Elle: Elegant
Berlandaskan nota bauan floral dan buah-buahan manis. Sangat feminin terdiri dari bunga mimosa, putih bunga-bungaan putih serta akar wangi.
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Elle: Natural
Untuk yang berjiwa romantis, nota bauan yang menyerlahkan lagi wnagian ini adalah termasuk jasmin, bunga-bungaan putih, santan serta serbuk orris yang berbau seperti bunga violet.
Eau de Lacoste L.12.12 Pour Elle: Sparkling
Menggabungkan bau rempah-ratus bersama buah-buahan ala aroma manis yang datang dari pastri terkenal Perancis seperti macaron yang dihiasi pula dengan bunga-bungaan putih, jasmin serta kesegaran pohon Krismas!
Untuk keterangan lanjut, sila layari global.lacoste.com/en/fragrances. Kesemua wangian lelaki terdapat dalam pilihan botol saiz 50ml: (RM219) , 100ml: (RM292) dan 30ml: (RM179), 50ml: (RM238), 90ml: (RM322) adalah untuk wanita.