FashionValet, peneraju laman membeli-belah secara talian di Asia Tenggara baru-baru ini telah melancarkan kategori baru iaitu FashionValet Bridal. Jika sebelum ini FashionValet sudah menjadi pilihan wanita dari segi pilihan pelbagai fesyen wanita dari pakaian, kasut, aksesori sehinggalah produk kecantikan kini ia berkembang kepada pilihan pakaian pengantin. Misi Vivy Yusof, Pengasas dan Ketua Pegawai Kreatif Fashion Valet adalah untuk menjadi sebahagian hari penting pada setiap wanita termasuklah pada hari perkahwinan mereka.
Fashion Valet mencipta inisiatif baharu kepada bakal pengantin yang pasti sibuk dengan jadual untuk menyiapkan majlis. Desin busana pula eksklusifnya direka dari 10 pereka fesyen ternama Malaysia seperti Mimpikita, PU3,Rizman Ruzaini, Fizi Woo, Khoon Hooi, S. Baharim, Syomirizwa Gupta, Nurita Harith, Alia Bastaman dan Hatta Dolmat. Apa yang paling menarik, setiap pembelian, bakal pengantin akan menerima sebuah kotak yang mempunyai kit perkahwinan seperti mask tidur, sepasang selipar bilik tidur, checklist persiapan majlis, gaun tidur sutera dan beg mekap. Harga bagi setiap rekaan juga amat berpatutan dari RM 1,800 sehingga RM 5,000 dan ia menjadi milik bakal pengantin.
Pelancaran FashionValet Bridal mengambil ditempat di hotel mewah St Regis Kuala Lumpur dan dihadiri oleh selebriti terkenal tanah air dan pereka-pereka fesyen ternama. Majlis pelancaran dimulai dengan pertunjukan fesyen dan diikuti dengan re-see yang menampilkan kesemua koleksi busana pengantin. Tetamu juga diberi peluang mendekati busana dan melihat sendiri kemasan dengan lebih dekat lagi selain dapat berbual bersama para pereka. Kategori baru ini bukan sahaja satu projek, malah ia akan kekal sebagai kategori tetap. Lebih banyak busana pengantin hasil rekaan perek-pereka fesyen lain yang bakal menyusuli.
Bagi yang ingin mendapatkan dan melihat lagi busana pengantin dari FashionValet nantikan pelancaran FashionValet Bridal di laman rasmi FashionValet atau info fesyen terkini di media Instagram mereka @fashionvaletcom.