Seperti ungkapan bahasa Inggeris, ‘a picture paints a thousand words‘. Begitulah pada hari ini, bila pesanan emoji kini menjadi mode komunikasi dan bahasa universal yang menghubungkan masyarakat. Domino Pizza mengambil pendekatan tersebut dengan mengadakan kempen “say it with PepsiMoji” bersama Pepsi, minuman ringan pilihan rakyat Malaysia dengan membawakan tawaran set Pizza dan hadiah hebat didalam peraduan The Perfect Deal Contest!
Bermula 4 Oktober hingga 13 November 2016 , pelanggan berpeluang memenangi hadiah berjumlah RM 15,000 dan dua hadiah utama Skuter Automatik SYM Atilla Elizabeth. Skuter comel berwarna biru dengan desin emoji, di tempah dan dibawa khas ke Malaysia untuk pemenang. Set pizza The Perfect Deal kombinasi dari set promosi Fabulous Four dan Domino’s 2 Pizza Deals. Setiap belian set, pelanggan akan menerima 1.5 liter botol Pepsi percuma.
Set Fabulous Four, menyajikan hidangan Roasted Chicken Drummets, Domino Cheesy Mozarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan pencuci mulut Domino Mini Cinnadots. Pada harga RM 19.90 sebagai harga perkenalan, pelanggan boleh memilih variati menu lain sebagai hidangan simpangan. Manakala, pelanggan boleh membeli 2 pizza bersaiz regular dari harga RM 30.00 sementara pizza bersaiz large dari harga RM 50.00 dengan set Domino’s 2 Pizza Deals. Tambahan bagi set 2 pizza bersaiz extra large pula pada harga RM 70.00 (terma & syarat).
Untuk menyertai peraduan ini, pelanggan hanya perlu membeli set The Perfect Deal dan melayari www.dominos.com.my/contest dengan mengisi butiran diri dan jawab 2 soalan mudah untuk melayakkan diri memenangi hadiah. Setiap penyertaan, pelanggan akan menerima e-Coupon untuk pizza bersaiz regular, setelah penghantaran borang penyertaan berjaya dihantar. Untuk maklumat lanjut mengenai Domino’s Pizza Malaysia atau peraduan ini boleh layari ke laman web http://www.dominos.com.my.