Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara semalam selepas didapati bersalah mengedar dadah palsu di Middlesborough, Britain.
Jamie Lee Taylor, 27, mengaku mengaut keuntungan RM5,135.23 setiap hari dengan menjual bungkusan berisi serbuk pencuci.
Pendakwa raya, Jenny Haigh memberitahu mahkamah Teeside bahawa Jamie ditangkap bersama bungkusan berisi serbuk putih.
“Pemeriksaan polis mendapati ianya serbuk pencuci. Beliau mengaku menjual sebungkus dengan harga RM102.76 sebungkus,” kata Jenny.
Jenny menambah, Jamie berurusan di lokasi pengedaran dadah kokain dan mampu melakukannya sebanyak 50 kali sehari.
Jamie dijatuhkan hukuman penjara dua tahun 7 bulan, separuh dari hukuman untuk jenayah mengedar dadah sebenar.